INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Khamis, Februari 05, 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW





Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 4 Februari 2015, SKK telah mengadakan perlawanan persahabatan sepak takraw yang berlangsung pada waktu petang di gelanggang sepak takraw SKK. Dua buah sekolah telah dijemput untuk menyertai perlawanan persahabatan tersebut iaitu SK Selandar dan SK Bukit Senggeh. 
SKK mengharapkan perlawanan persahabatan ini dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada pasukan sepak takraw SKK sebelum bermulanya Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Jasin pada minggu hadapan ( 9-10 Februari 2015 ). Semoga usaha-usaha yang dilakukan dalam latihan menemui kejayaan. Insya-Allah... Kepada pasukan sepak takraw SK Selandar dan SK Bukit Senggeh, kami mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi kerjasama untuk menjayakan perlawanan persahabatan tersebut.
Sekian terima kasih.


KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN JASIN

TARIKH :                                                                 MASA :
9 FEBRUARI 2015 ( ISNIN )                             8.00 PAGI - 5.00 PETANG

TARIKH :                                                                 MASA :
10 FEBRUARI 2015 ( SELASA )                         2.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT :
DEWAN TOK SENARA PEJABAT TANAH JASIN

Tiada ulasan: