INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, Julai 20, 2010

MINGGU BESTARI 28 JUN - 2 JULAI 2010

AJK Pembestarian Sekolah & AJK Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Minggu Bestari yang julung-julung kali diadakan di SKK. Minggu Bestari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga SKK.

Objektif Minggu Bestari :
  • Membudayakan Pembestarian Sekolah warga SKK
  • Memberi pendedahan kepada guru tentang ICT dan mengaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang ICT dan mengaplikasi dalam kehidupan seharian
  • Menanam minat murid terhadap penggunaan ICT
  • Pendedahan kerjaya dalam bidang ICT
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang Minggu Bestari yang bermula 28 Jun 2010 sehingga Majlis Penutupan Minggu Bestari pada 2 Julai 2010.

Antara pertandingan yang diadakan ialah:
  • Murid
  • Membina persembahan Multimedia menggunakan Microsoft Power Point
  • Karaoke ICT
  • Kuiz ICT
  • Ebook
  • Pertandingan Mewarna Digital Tahap 1
  • Pertandingan Melukis Digital Tahap 2
  • Reka Letak Kesan Bunyi dalam Lagu
  • Cybergames
  • Guru
  • Membina bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Microsoft Power Point
  • Pertandingan Kepantasan Menaip
Karaoke ICTKuiz ICT bersama Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka
Murid-murid menyertai pertandingan (Pusat Akses SKK)
Murid-murid menyertai pertandingan (Pusat Akses SKK)
Majlis Penutupan Minggu BestariPenyampaian Hadiah kepada Pemenang ( Murid)Penyampaian Hadiah Kepada Guru-guru yang menang
Pemenang-pemenang pertandingan sempena Minggu Bestari SKK 2010
Tahniah!!!

Isnin, Julai 05, 2010

Program bersama Fasilitator Schoolnet sempena Minggu Bestari SKK 2010

Pada 29 Jun 2010 bersamaan hari SELASA bermula 2.30 petang SK Kemendor, Felda Tun Ghaffar Kemendore, Jasin telah mengadakan salah satu aktiviti sempena Minggu Bestari (ICT) SK Kemendor 2010. Aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut ialah Pertandingan Karaoke ICT dan Kuiz ICT. Aktiviti ini telah dibantu oleh Komuniti Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka yang terdiri daripada Fasilitator Schoolnet(FS) Fasa 2. Program bersama FS pada petang tersebut dihadiri oleh Encik Nor Hashim b Hj Hasan, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Kumpulan sasaran program tersebut terdiri daripada guru-guru & murid-murid Tahap 2 iaitu 140 orang.

Puan Zainur ,guru SKK telah memulakan majlis dan seterusnya menyerahkan kepada Cik Siti Zawiah ( FS SK Nyalas) selaku Pengacara Aktiviti petang tersebut. Aktiviti bermula dengan Karaoke ICT yang disertai oleh 7 orang peserta dan dihakimi oleh guru-guru SK Kemendor . Kuiz ICT pula dijalankan secara "on the spot" yang diketuai oleh Encik Nor Azmil (FS SK Pernu) dan dibantu oleh Cik Nurul Iryani Haziyah (FS SKK). FS yang turut hadir adalah Cik Nurliyana Aida ( FS SK Jasin), Cik Siti Nadia ( FS SK Batu Berendam), Cik Nurul Zuzieana (FS SK Bertam Hulu) , Cik Aina Mardia (FS SK Dato Demang Husein), Encik Fahrulrazi (FS SK (F) Bukit Senggeh), Encik Muhd Farid (FS SK Tedong) dan Encik Mohd Faiz ( FS SK Batu Berendam 2).

Murid-murid yang berebut untuk menjawab soalan Kuiz ICT daripada FS. Karaoke ICT

Murid-murid dan guru-guru memberi respon yang sangat baik dan mereka begitu gembira dengan aktiviti yang dijalankan terutamanya ketika mendapat hadiah sekiranya berjaya menjawab Kuiz ICT. Mereka berharap aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang bagi membantu perkembangan ICT warga sekolah dan komuniti.

Jutaan Terima kasih kepada Pegawai daripada BTP, SK Kemendor, semua FS dan orang perseorangan yang membantu perjalanan aktiviti ini. Alhamdulillah aktiviti ini dapat juga dijalankan pada hari persekolahan dan mendapat sokongan serta pujian daripada Encik Nor Hashim serta warga sekolah.

Khamis, Mei 20, 2010

Perkhemahan Sekolah 2010

Perkhemahan sekolah telah diadakan
pada
21 Mei 2010 sehingga 23 Mei 2010
Jumaat sehingga Ahad
di
Padang Sekolah

--------------------------------------------------------------------------------------
HARI PERTAMA

Sesi Pendaftaran. Murid-murid nampak gembira dan teruja untuk berkhemah.

Aktiviti pertama perkhemahan. Memasang Khemah

Sesi Taklimat PerkhemahanAktiviti Malam 1 - Permainan KIM
-----------------------------------------------------------------------------------

HARI KEDUAPertandingan Ikatan dan Bantuan KecemasanPertandingan Kawad
Juara Pertandingan Memasak. Tunas Puteri.

Pertandingan Memasak - PBSM

Pertandingan Memasak - TKRSPertandingan Memasak - Pengakap
Explorace dan Rekacipta

Persembahan Malam Kebudayaan.
Sangat Menghiburkan. Tahniah.Penyampaian Penghargaan kepada pelajar SBPI dan guru-guru SBPI
yang membantu perjalanan perkhemahan SKK.
Terima Kasih kami ucapkan

Aktiviti malam 2.
Jalan Malam.
Alhamdulillah berjalan lancar dan sangat berguna.
Gotong royongPenyampaian Hadiah
Tahniah kepada pemenang





Isnin, Mei 17, 2010

Persembahan Multimedia Sempena Hari Guru SK Kemendor

Persembahan Multimedia daripada murid-murid Tahun 6 SK Kemendor
dengan bimbingan Fasilitator Schoolnet dan Juruteknik SK Kemendor
sebagai Hadiah Hari Guru buat guru-guru SK Kemendor



Fail ini tidak mempunyai suara mahupun muzik seperti di Sambutan Hari Guru SK Kemendor 17 Mei 2010. Untuk Mendapatkan fail yang sebenar,sila KLIK DI SINI.
Jika terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan Fasilitator Schoolnet SKK.

Terima Kasih =)




Khamis, April 29, 2010

MAJLIS TAKLIMAT PROJEK BELAJARLAH SAYANG 2010


Tarikh : 29 April 2010
Masa : 2.30petang - 4.30petang
Tempat : Dewan SKK



Rabu, April 21, 2010

Aktiviti Kokurikulum 20 April 2010

Salah satu aktiviti Kokurikulum yang diadakan setiap hari Selasa ialah Aktiviti Memasang Khemah.

Tarikh : 20 April 2010
Hari : Selasa
Tempat : Dewan SK Kemendor



Rabu, April 07, 2010

Pertandingan Bola Sepak MSS bawah 12 tahun

Pertandingan Bola Sepak MSS bawah 12 tahun sedang berlansung yang disertai oleh 28 buah sekolah seluruh Melaka.

Pada 6 April 2010 ( Selasa) Pusingan Ke-2 telah berlansung di 4 buah padang sekolah iaitu SK Kemendor, SK Kesang Tua, SK Sri Lanang dan SK Jasin bermula pukul 8.30pagi

Pertandingan Suku Akhir dan Separuh Akhir pula akan berlansung pada 8 April 2010 di padang SK Kesang Tua pada pukul 2.00 petang.

Pasukan sekolah kita turut menghantar pasukan kita ke pertandingan ini. Semoga Berjaya!!

Untuk maklumat lanjut , layari laman web Bola Sepak MSS Melaka

Isnin, April 05, 2010

Majlis Pelancaran Program NILAM SKK 2010

Pembaca terbanyak Program Nilam

Tarikh : 5 April 2010
Hari : Isnin
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah


Penyampaian Hadiah untuk Pembaca Terbanyak

Penyampaian Hadiah untuk Pembaca Terbanyak

Persembahan Sajak daripada Najiha

Persembahan Murid. Lagu Program Nilam



Kem Bestari Solat 1

Tarikh: 3 April 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi hingga 2 petang
Tempat : SK Kemendor
Murid Tahun 1-4

Gotong Royong SKK

Ibubapa/Penjaga bersama Guru-guru dan murid-murid

Tarikh : 3 April 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 Pagi
tempat :Kawasan Sekolah
Turut Hadir : Guru, Staff, Ibubapa & MuridCikgu Faezah sedang membersihkan tamanKaum Bapa

Kaum Ibu dan Staff SKK

Gotong Royong Tandas & Longkang

Yeah longkang sekolah sudah bersih

Aksi murid-murid SKK yang sangat rajin bergotong royong.
Jangan rajin gotong royong je, kena rajin belajar juga.. (",)


Cikgu-cikgu yang tak kenal erti penat.. sudah mengajar, bergotong royong pula (",)