INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Isnin, November 23, 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN & PERPISAHAN SKK 2015






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 21 November 2015 yang lalu, Kelab Guru dan Staf SKK telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan pada jam 3.00 hingga 6.00 petang bertempat di Beruang Hill Resort, Melaka dan majlis ini merupakan majlis penutup untuk tahun 2015. Majlis ini juga dihadiri Mantan Guru Besar SKK iaitu Pn. Hjh Hamidah bt. Md Yussuf bersama anaknya, Puan Bariah bt Aman bersama suaminya dan juga En. Mohd Nasir b. Husin. Majlis bermula dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan-ucapan yang diraikan ( Pn. Hjh Hamidah, Pn. Bariah, En. Mohd Nasir dan Cik Siti Noor Fadilah ) dan berakhir dengan menjamu selera dan sesi bergambar.
Sekian terima kasih.

MAJLIS PERSARAAN PN. BARIAH BT. AMAN





  

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 20 November 2015 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan Majlis Sejambak Kasih Sekalung Budi, Terukir Memori Kekal Abadi buat Puan Bariah binti Aman bermula jam 9 pagi - 12 pagi di Dewan Felda Kemendor. Majlis ini juga dihadiri oleh suaminya, En Md Din b. Kadir dan anaknya Norain bt. Md Din serta sahabat beliau yang pernah bekerjasama suatu ketika dahulu di SK Kemendor.
Beliau mula berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 1982 di SK Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor. Tahun 1984 pula beliau berkhidmat di SK Masjid Baru, Nyalas, Melaka dan seterusnya di SK Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Melaka pada tahun 1985. Tahun 1990 beliau mula berkhidmat di SK Kemendor hinggalah beliau bersara. 25 tahun beliau telah berkhidmat di SK Kemendor dan banyak jasa dan sumbangan yang telah beliau berikan.
Semoga persaraan ini memberi lebih makna dalam kehidupan Puan Bariah. Kami warga SKK mendoakan agar dikurniakan rahmat, kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Selamat Bersara
&
Jasamu Dikenang

PUAN BARIAH BINTI AMAN
GURU CEMERLANG
SK KEMENDOR
( 1990 - 2015 )


Multimedia Persaraan Pn. Bariah bt. Aman


Sekian terima kasih

PROGRAM KESIHATAN - TAK NAK MEROKOK!!!




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 19 November 2015, satu program telah diadakan iaitu Program Kesihatan berkaitan merokok bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di Balai Raya Felda Kemendor dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kemendor yang melibatkan murid tahun 5 dan 6. Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik, melukis dan mewarna bertemakan TAK NAK MEROKOK!, ceramah dan kuiz kepada murid yang terlibat. Semoga program ini dapat membantu dan meningkatkan kesedaran murid.
Sekian terima kasih.


MAJLIS PERPISAHAN EN. MOHD NASIR B. HUSIN





Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 19 November 2015 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan satu Majlis Perpisahan khas buat En. Mohd Nasir b. Husin yang akan berpindah ke SK Batang Melaka dan dinaikkan pangkat sebagai GPK Hem bermulakan pada jam 7.40 pagi hingga 8.30 pagi di Tapak Perhimpunan SK Kemendor. Beliau telah berkhidmat di SKK dalam tempoh yang singkat dan kami warga SKK terasa akan kehilangan beliau terutama dikalangan guru dan juga murid-murid SKK. Beliau seorang yang sangat disenangi dan mudah memberi kerjasama. Beliau juga sempat memberi sumbangan tenaga kerjanya buat SK Kemendor dengan mendirikan Laman Web Sekolah dan SMS Sekolah. Kami warga SK Kemendor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Nasir dan kami doakan semoga Allah SWT memberkati kehidupan beliau, mempermudahkan segala urusan kerja dan selamat maju jaya di tempat yang baru.
Jasamu Dikenang

Sekian terima kasih.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKK 2015






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 18 November 2015, SK Kemendor telah mengadakan satu Kejohanan Sukan Tahunan SKK 2015 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang di Padang SK Kemendor. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Kemendor iaitu En. Omar b. Tehe. Kejohanan ini diselitkan juga acara untuk ibubapa dan juga staf SK Kemendor. Secara keseluruhan kejohanan ini berjaya dimenangi oleh Rumah Hijau sebagai johan bagi edisi ke-45 tahun 2015 manakala Rumah Biru menjadi naib johan. Olahragawan dimenangi oleh Moh Asyraff dari rumah Biru dan olahragawati dimenangi oleh Sarimah dari rumah Kuning.
Kami warga SK Kemendor ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir memeriahkan lagi kejohanan ini dan kerjasama yang diberikan. Tahniah juga kepada pemenang-pemenang yang menerima pingat dan hadiah dalam kejohanan tersebut.
Sekian terima kasih.

UPSR 2015 : 6 ORANG PELAJAR BERJAYA MENDAPAT CEMERLANG 5A.





Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 17 November 2015 yang lalu, keputusan UPSR bagi tahun 2015 telah dikeluarkan. Seramai 6 orang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A bagi tahun ini manakala seramai 5 orang berjaya mendapat 4A. Kami warga SKK mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan ibubapa yang telah mendapat keputusan yang cemerlang 5A dan tahniah juga kepada para pelajar yang gagal untuk mendapat 5A kerana anda telah berusaha untuk mendapat 5A.

Nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 5A :

1. Nur Nabila Farshah bt. Arman
2. Adam Nazmie b. Norazman
3. Amirah Husna bt. Norazman
4. Fatimah Maisara bt. Abd. Rahmad
5. Mohd Farid Imran b. Abd Aziz
6. Alya bt. Shahbudin

UPSR adalah starting block atas garisan permulaan. Penamat masih jauh lagi. Dalam menuju penamat pelbagai perkara yang boleh berlaku. Ada pelajar yang hebat di permulaan tetapi kecundang dipertengahan dan ada pelajar yang tidak hebat dipermulaan tetapi berjaya dipenamat. 

Oleh itu kepada para ibu bapa dan pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam UPSR, tidak sepatutnya mereka melahirkan perasaan kecewa atau malu kerana banyak perkara lagi yang boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan samada di dalam akademik mahupun di dalam kehidupan. UPSR hanya satu ujian untuk menentukan samada pelajar itu dapat menempatkan diri mereka di sekolah-sekolah terbaik.

Universiti pula tidak disyaratkan hanya untuk mereka yang belajar di sekolah berasrama penuh atau sekolah terbaik sahaja, ianya terbuka kepada semua mereka yang rajin berusaha dan cemerlang di dalam SPM ataupun STPM. 

Kejayaan di dalam hidup tidak disyaratkan kepada mereka yang cemerlang di dalam pelajaran sahaja, ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkemahuan untuk berjaya dan rajin berusaha untuk berjaya. 

Kemahuan dan kerajinan banyak dibantu oleh minat dan keinginan. Oleh itu, carilah minat masing-masing dan kembangkan potensi minat tersebut supaya ianya boleh mendatangkan faedah berganda di dalam kehidupan.

Sekian terima kasih

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & KONVOKESYEN PRASEKOLAH SKK 2015





Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 13 November 2015 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen PraSekolah 2015 pada jam 8.00 - 12.00 pagi bertempat di Dewan Felda Kemendor. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Md Lazi bin Jamaluddin, Pengurus Felda Kemendor. Kami mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah.
Sekian terima kasih.