INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

KATA ALUAN

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Pada awal tahun ini, saya telah diamanahkan sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemendor. Saya sebagai penyambung wadah perjuangan pentadbir terdahulu akan berusaha dan bekerja keras melakukan yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan SK Kemendor sebagaimana yang diharapkan oleh semua pihak.
Saya mengharapkan agar seluruh warga pendidik memiliki daya juang yang tinggi serta beriltizam untuk merealisasikan visi sekolah iaitu “ Sekolah Kebangsaan Kemendor Menjana Generasi Cemerlang”. Segala usaha yang dilakukan sama ada berjaya ataupun tidak, pahit atau manis tetap akan tercatat dan terpahat di minda dan sanubari setiap individu. Kita sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan menjadi teladan berguna untuk mencapai ke arah kecemerlangan.
Kepada semua murid, ingatlah, pendidikan merupakan perjuangan tanpa noktah. Ia memerlukan usaha secara berterusan untuk membangun kecemerlangan. Sokongan dan bantuan ibu bapa serta masyarakat sekeliling sangat penting bagi pihak sekolah untuk menuju ke arah SK Kemendor yang gemilang.
Akhir sekali, setiap warga SK Kemendor ada peranan masing-masing. Jatuh bangunnya sekolah ini bergantung pada peranan kita bersama. Oleh itu, bekerja kita dengan memberi komitmen yang tinggi dan dedikasi dengan tugas yang diberi. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan.



Sekian.


HJH. HAMIDAH BT MD YUSSUF
Guru Besar,
SK Kemendor