INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Jumaat, Julai 22, 2011

AKTIVITI PRA SEKOLAH- PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

OLEH
PUAN ZAINUR AFIZAH BT IBRAHIM



SUMBER : UNIT DATA & PEMBESTARIAN SEKOLAH

Ahad, Julai 03, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2011

Kira-kira 150 pelajar dan 29 guru SK Kemendor telah menyertai satu larian yang dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 2 Julai, bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.


VIDEO LARIAN 1 MURID 1 SUKAN SKK

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-41


Pada 23 Jun yang lalu Kejohanan Sukan Tahunan telah berlangsung di padang sekolah SKK. Kejohanan ini disempurnakan perasmian oleh En Abdullah b. Hj Abd Wahid, Penolong PPD Matematik & Sains. Kejohanan Sukan ini telah turut dimeriahkan dengan kehadiran ibubapa dan penduduk kampung. Rumah Biru telah muncul Juara diikuti rumah Hijau dan Kuning masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Isnin, Mei 09, 2011

PERTANDINGAN SENAMROBIK KARNIVAL 2011




JOHAN : SK KEMENDOR
NAIB JOHAN : SK KEMUNING
TEMPAT KE 3 : SK FELDA BUKIT SENGGEH

Rabu, Mei 04, 2011

BOLA BALING KAWASAN JASIN




Syabas kepada putra dan putri SK Kemendor yang mewakili pasukan bola baling sekolah. Pihak sekolah amat berbangga atas kejayaan mereka merangkul gelaran JOHAN Kawasan Jasin. Terima kasih kerana mengharumkan nama sekolah.

Rabu, Mac 30, 2011

ANUGERAH GURU BESAR : UJIAN SELARAS 1


Tahniah kepada pelajar yang berjaya. Diharapkan penganugerahan ini menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar yang lain untuk terus berusaha.

Ahad, Mac 27, 2011

LADP PERTAMA 2011



Guru-guru dan murid-murid SKK telah mengadakan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Murid-murid telah diberikan beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan semasa lawatan tersebut. Lawatan pertama ialah menyusuri Sungai Melaka. Mereka telah diberikan penerangan lengkap semasa melalui Sungai Melaka. Selepas itu ahli rombongan bergerak ke Zoo Melaka dan Planetarium. Pada pukul 4.00 petang, bertolak balik ke SKK.

Isnin, Mac 21, 2011

PERSEMBAHAN PENUTUPAN KEJOHANAN AKUATIK PERINGKAT KEBANGSAAN



TARIKH : 19 Mac 2011

TEMPAT : Dewan Akuatik, Stadium Hang Jebat

Jumaat, Mac 11, 2011

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN


SK Kemendor telah diberi kepercayaan sekali lagi menjadi tuan rumah Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quraan Sekolah-Sekolah rendah Kawasan Jasin. Majlis telah disempurnakan oleh En. Yusof b. Ahmad, Pegawai Peajaran Daerah Jasin. Tahniah kepada para pemenang.
3 MAC 2011

Jumaat, Februari 25, 2011

Merentas Desa 2011


Pertandingan Merentas Desa antara rumah sukan telah diadakan pada 1 Februari lalu. Semua murid telah menyertai pertandingan tersebut. Rumah Biru telah mendapat kutipan mata tertinggi iaitu 157, diikuti oleh rumah hijau 113, rumah merah 90 mata dan 82 mata oleh rumah kuning. Tahniah Rumah Biru!

Khamis, Februari 24, 2011

BOLA SEPAK MSSM B12 KWS JASIN




TAHNIAH ...SK KEMENDOR JUARA KWS JASIN

Warga SK Kemendor merakamkan rasa bangga terhadap pemain-pemain serta jurulatih sekolah iaitu Cikgu Arman, Cikgu Fauzi, Cikgu Izham dan Cikgu Yusni. Gelaran Johan Kawasan disandang setelah pertemuan sengit SK Kemendor menentang Sk Jasin, berakhir dengan 1-0. Sk Kemendor juga turut mengekalkan kemenangan tanpa kalah dalam setiap perlawanan. Tahniah!








Jumaat, Februari 18, 2011

KEM BESTARI SOLAT 1 (2011)

Kem Bestari Solat Siri 1 bagi tahun 2011 telah diadakan pada 29 Januari 2011. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5 telah menyertai kem tersebut. Tujuan Kem Bestari Solat ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid menunaikan solat dengan sempurna.


Ahad, Februari 13, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN

27 Januari yang lalu, sekolah telah mengadakan Program Motivasi Keibubapaan di dewan sekolah. Majlis dimulai dengan pembentangan Program Peningkatan UPSR 2011 oleh Pn Hjh Fatimah bt Muhamad, Guru Besar SK Kemendor. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En Mohamad Isa b Jolan, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Melaka. Ibubapa yang hadir telah memberi kerjasama dan respon yang positif.







Majlis Perlantikan Pengawas Dan Ketua Darjah



Majlis Perlantikan Pengawas dan Ketua Darjah ini telah disempurnakan oleh DSP Che Suza b Che Hitam, Ketua Polis Daerah Jasin. Diharapkan semua pengawas dan ketua darjah dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan . Tahniah.

Selasa, Februari 08, 2011

Harapan 2011

1. Jalinan hubungan kekeluargaan yang lebih akrab antara kakitangan
2. Mencapai kecemerlangan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum