INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, Disember 06, 2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKK 2016















Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 15 November 2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Kemendor bagi sesi 2016 bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di Dewan SK Kemendor. Majlis ini dengan jayanya dirasmikan oleh En. Md Lazi bin Jamaluddin, Pengurus Felda Kemendor. Majlis ini juga turut dihadiri pegawai PPD Jasin, En. Abdullah bin Hj. Abd. Wahid dan pengerusi PIBG SK Kemendor, En. Umar bin Hj. Tehe. 
SK Kemendor ingin mengucap sekalung tahniah kepada murid-murid yang menerima anugerah pada majlis tersebut. Semoga dengan kejayaan yang diterima dapat menaikkan lagi semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang. SK Kemendor juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada VIP, ibu bapa serta penjaga yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis.
Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: