INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, Disember 06, 2016

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK SKK LWN SK SG. LINAU, SEMPANG RENGGAM, JOHOR & LAWATAN KE STADIUM LARKIN.












Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 16 November 2016 yang lalu, Pasukan Bola sepak SKK telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Sungai Linau, Sempang Renggam, Johor dan lawatan ke Stadium Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. 
Mula berkumpul pada jam 630 pagi dan mula bergerak ke SK Sungai Linau pada jam 6.50 pagi dan selamat tiba pada jam 8.45 pagi. Di SK Sungai Linau, kami disambut dengan baik dan meriah oleh warga SK Sungai Linau sebelum memulakan perlawanan persahabatan. Dua perlawanan persahabatan di antara SK Kemendor dan SK Sungai Linau telah diadakan iaitu bawah 12 dan bawah 10 dan keputusan perlawanan seperti berikut :

BAWAH 10
SK KEMENDOR 0 - 2 SK SUNGAI LINAU

BAWAH 12
SK KEMENDOR 2 - 1 SK SUNGAI LINAU

SK Kemendor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SK Sungai Linau di atas sambutan kehadiran dan layanan yang baik kepada kami dan terima kasih juga menyediakan makanan yang sedap untuk pasukan bolasepak SK Kemendor.

Selepas itu kami bergerak ke Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin dan tiba di sana kami disambut oleh staf yang berkerja di stadium tersebut dan kami semua dibawa ke bilik persalinan pasukan lawan dan terowong ke padang dan kami diterangkan bagaimana pasukan lawan bila tiba di stadium Larkin. Kami tidak dibenarkan untuk ke padang kerana dalam proses penyelengaraan dan baik pulih padang.

Seterusnya kami singgah ke Kilang Bateri dan Johor Premium Outlet sebelum bergerak pulang. Selamat tiba di sekolah jam 9.00 malam.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: