INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Rabu, Disember 21, 2016

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPSR SKK 2016





Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 17 November 2016 yang lalu, keputusan UPSR bagi tahun 2016 telah diumumkan. Untuk keputusan UPSR tahun ini kurang memberangsangkan kerana tiada seorang murid yang berjaya mendapat 6A. Keputusan yang terbaik hanya dua orang murid yang berjaya dapat keputusan 4A 2B. Peperiksaan UPSR pada tahun ini lebih mencabar kerana kertas soalan UPSR tahun ini menggunakan format yang baru dari peperiksaan sebelum ini. Kami warga SKK mengucapkan tahniah kepada semua murid tahun 6 yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan yang gagal untuk mendapat keputusan yang baik diucapkan terima kasih di atas usaha untuk buat yang terbaik.

UPSR adalah starting block atas garisan permulaan. Penamat masih jauh lagi. Dalam menuju penamat pelbagai perkara yang boleh berlaku. Ada pelajar yang hebat di permulaan tetapi kecundang dipertengahan dan ada pelajar yang tidak hebat dipermulaan tetapi berjaya dipenamat. 

Oleh itu kepada para ibu bapa dan pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam UPSR, tidak sepatutnya mereka melahirkan perasaan kecewa atau malu kerana banyak perkara lagi yang boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan samada di dalam akademik mahupun di dalam kehidupan. UPSR hanya satu ujian untuk menentukan samada pelajar itu dapat menempatkan diri mereka di sekolah-sekolah terbaik.

Universiti pula tidak disyaratkan hanya untuk mereka yang belajar di sekolah berasrama penuh atau sekolah terbaik sahaja, ianya terbuka kepada semua mereka yang rajin berusaha dan cemerlang di dalam SPM ataupun STPM. 

Kejayaan di dalam hidup tidak disyaratkan kepada mereka yang cemerlang di dalam pelajaran sahaja, ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkemahuan untuk berjaya dan rajin berusaha untuk berjaya. 

Kemahuan dan kerajinan banyak dibantu oleh minat dan keinginan. Oleh itu, carilah minat masing-masing dan kembangkan potensi minat tersebut supaya ianya boleh mendatangkan faedah berganda di dalam kehidupan.

Sekian terima kasih

Tiada ulasan: