INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Isnin, Jun 13, 2016

PERTANDINGAN NYANYIAN DONDANG SAYANG SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA 2016









Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 26 Mei 2016, Pertandingan Nyanyian Dondang Sayang Sekolah Rendah Negeri Melaka 2016 telah diadakan di Dewan SK Kemendor jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang. SKK telah dipilih untuk mengelola pertandingan dondang sayang untuk tahun ini. Sebanyak 13 buah sekolah rendah negeri Melaka telah menyertai pertandingan tersebut. 

Sekali lagi SKK telah menghantar wakil yang sama seperti tahun lepas iaitu Maisarah bt. Husin dan Nur Aqilah bt. Idzham Hadi dalam pertandingan tersebut. Walaupun tiada tempat, mereka berjaya memberikan persembahan nyanyian dondang sayang dengan baik sekali.


Tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan dondang sayang yang berjaya membawa pulang trofi kemenangan yang telah disampaikan oleh En. Husin bin Chek, Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Melaka dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan nyanyian dondang sayang sekolah rendah negeri Melaka bagi tahun 2016 dengan baik dan berjalan dengan lancar.


Pemenang pertandingan nyanyian dondang sayang sekolah rendah negeri Melaka 2016 di menangi oleh adik Amirul Hafiz b. Zainudin dan pasangannya Nor Anisa Athirah bt. Mohd Sayuthi dari SK Serkam. Tahniah diucapkan.

Sekian terima kasih

Tiada ulasan: