INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Jumaat, Mei 27, 2016

SAMBUTAN HARI GURU SKK 2016






Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari guru diraikan di setiap sekolah. Guru-guru akan diraikan dengan meriah.

Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia yang dibaca oleh Pn. Mazni bt. Yusop, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran yang dibaca oleh Pn. Rosyati bt. Marzuki, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan seterusnya bacaan ikrar yang diketuai En. Syed Salleh b. Syed Ismail, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan diakhiri dengan nyanyian lagu hari guru. Wakil ADUN Kawasan Rim juga turut hadir untuk bersama menyambut hari guru dengan membawa kek serta cenderamata kepada guru SK Kemendor.

Kami warga SK Kemendor mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil ADUN Rim yang sudi hadir memeriahkan lagi sambutan Hari Guru.
















Pada 20 Mei 2016, SK Kemendor mengadakan acara Sambutan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti di padang dan di dewan SK Kemendor. Acara di dewan dimulakan dengan ucapan guru besar dan diikuti persembahan murid dan guru. Seterusnya penyampaian hadiah kepada guru-guru. Cikgu Izham dinobatkan sebagai Guru Paling Popular manakala Cikgu Azimah sebagai Guru Paling Penyayang dikalangan murid-murid SK Kemendor.
Selepas itu, guru-guru turun ke padang untuk acara sukaneka ( guru perempuan ) dan perlawanan bola sepak menentang pasukan bola sepak SK Kemendor ( guru lelaki ). Keputusan perlawanan bola sepak berakhir dengan seri 2-2.





Acara terakhir adalah Kejohanan Bowling peringkat SK Kemendor sempena Hari Guru 2016 yang diadakan pada jam 3.30 petang di Melaka International Bowling Centre, MITC Melaka. Kejohanan tersebut dibahagikan kepada 11 kumpulan. 5 kumpulan terbaik, 3 individu lelaki terbaik dan 3 individu perempuan terbaik akan mendapat medal.
Kumpulan yang mendapat kedudukan teratas ialah kumpulan daripada En. Mohd Nordin, En. Arip dan Pn. Harliza. Manakala En. Syed Salleh mendapat kedudukan teratas secara keseluruhan individu dan individu lelaki. Diikuti Pn. Siti Arnida menduduki kedudukan teratas bagi individu perempuan.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan bowling :

INDIVIDU



KUMPULAN


SK Kemendor mengucapkan penhargaan terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama untuk menjayakan dan memeriahkan Sambutan Hari Guru bagi tahun 2016. Semoga guru-guru SK Kemendor menjadi pendidik yang terbaik buat anak-anak murid SK Kemendor dan sukses selalu dalam kerjaya.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: