INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Isnin, September 05, 2016

SOLAT HAJAT PERDANA SKK 2016







Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Program Solat Hajat Perdana untuk murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun 2016 telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penjaga murid tahun 6. Program ini diadakan pada 26 Ogos 2016 yang lalu bertempat di Dewan SK Kemendor.

Program ini melibatkan seluruh warga SK Kemendor, murid tahun 5 dan 6, ibubapa dan penjaga. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan seterusnya solat taubat dan solat hajat yang diimamkan oleh Tn. Hj. Abd Manap b. Mohamad. Sesudah itu diteruskan lagi dengan bacaan surah Yasin dan solat isya secara berjemaah.

Ahli Jawatankuasa Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Imam jemputan, Tn. Hj. Abd Manap b. Mohamad, Ibu Bapa dan Penjaga Tahun 6, guru-guru dan seluruh warga SK Kemendor.

Semoga murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2016 dipermudahkan menjawab soalan-soalan dan diberikan ketenangan. Semoga di atas usaha-usaha yang telah dilakukan menemui kejayaan. Insha-Allah.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: