INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Khamis, Ogos 11, 2016

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SKK 2016






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

1 JULAI 2016 - Satu majlis program Ihya' Ramadhan di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Kemendor telah diadakan pada jam 7.10 pagi bertempat di perkarangan tapak perhimpunan. Program ini telah berlangsung bermula dari tarikh 3 Jun 2016 hingga 1 Julai 2016 dan menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh tersebut.

Matlamat :

Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan guru-guru betapa istimewanya bulan Ramadhan ini disamping dapat menambahkan amalan pahala.

Objektif :

- Mendidik murid cintakan Al-Quran
- Mengeratkan ukhwah antara seluruh warga sekolah
Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan
- Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri murid seperti para solihin
- Melahirkan murid yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Islam dan peristiwa di dalamnya.

Antara aktiviti sepanjang program Ihya' Ramadhan :

Tadarus Al-Quran ( 13 Jun - 1 Julai 2016 )
Program Khatam A-Quran ( 1 Julai 2016 )
Kutipan derma ( sepanjang Ramadhan )
Bacaan Yaasin ( setiap pagi Jumaat )
Sumbangan anak yatim ( 1 Julai 2016 )
Penyampaian duit Hari Raya bagi perserta Khatam Al-Quran dan semua murid SKK ( 1 Julai 2016 )

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: