INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Rabu, April 06, 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42/2016












Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 31 Mac 2016 yang lalu, Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) SK Kemendor telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-42 bagi sesi 2016 di dewan SK Kemendor bermula jam 2.30 petang. Mesyuarat ini merupakan agenda tahunan sekolah bagi memilih barisan kepimpinan baru badan Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) bagi sesi 2016/17.

Organisasi ini merupakan badan sokongan utama sekolah dalam merangka agenda-agenda bagi merealisasikan kecemerlangan murid baik dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Rim, YB Datuk Hj Ghazale bin Mohamad. Selain itu, majlis penyampaian anugerah kecemerlangan kepada murid UPSR tahun 2015 juga turut diadakan dan diselitkan juga dengan cabutan bertuah.

Tahniah dan terima kasih kepada badan Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) SK Kemendor kerana telah berjaya melaksanakan mesyuarat tersebut dengan baik. Terima kasih juga kepada para VIP, Ibubapa yang sudi hadir untuk menjayakan mesyuarat kali ini dan tidak lupa juga kepada para penyumbang hadiah-hadiah cabutan bertuah terutama kepada YDP PIBG SKK, Sidang Umar b Hj. Md. Tehe dan guru-guru SK Kemendor.

Tahniah kepada AJK baru dan lama yang dilantik semoga dapat membantu sekolah dalam segala bidang - kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, pengurusan, fizikal dan lain-lain lagi. 

Sekian terima kasih.



JAWATAN KUASA PIBG 2016/17

YDP : SIDANG UMAR B. HJ. MD. TEHE
NYDP : MOHD YUSOF B. SAID
SETIAUSAHA : EN. NURUL SYUHADA B. SAAD
N. SETIAUSAHA : EN. MOHD BAKTIEE B. ABD WAHID
BENDAHARI : PN. NOORDIANA BT. TALIB

AJK :

GURU
1. EN. MOHD ZAHARI B. MOHD GHAZI
2. PN. SITI ARNIDA BT. LATIF
3. PN. AZIMAH BT. HANAFI
4. EN. MOHD FAUZI B. ABDULLAH
5. PN. NORZULAINI BT MOHAMAD ARIS

IBUBAPA
1. EN RAMZI B. AYOB
2. EN. ZAINI B. JASIP
3. EN. SUKRI B. SULAIMAN
4. PN. NORFAEZAH BT NONG
5. PN. MASTURA BT. MD SOM

JURUAUDIT :
1. PN. ROSINAH BT BUJANG
2. TN. HJ. IBRAHIM

Tiada ulasan: