INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, Januari 12, 2016

MAJLIS PERPISAHAN PN. HJH MAZLINA & PN. LATIFAH & MENYAMBUT KEDATANGAN GURU BESAR SKK YANG BAHARU.






Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 8 Januari 2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan Majlis Perpisahan Pn. Hjh Mazlina dan Pn. Latifah yang telah berpindah ke sekolah lain bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di dewan SK Kemendor. Pn. Hjh Mazlina yang sudah berkhidmat di SK Kemendor selama 24 tahun telah berpindah ke SK Air Baruk manakala Pn. Latifah berpindah ke SK Kesang Tua. Majlis perpisahan ini berlangsung tanpa kehadiran yang diraikan Pn. Latifah yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tertentu. Semoga Pn. Hjh Mazlina dan Pn. Latifah sukses di tempat kerja yang baru. Kami warga SK Kemendor sentiasa mendoakan yang terbaik.
Pada pagi itu juga, warga SK Kemendor menyambut kehadiran guru besar yang baru iaitu Tn. Hj. Buang bin Saliman yang mengantikan mantan guru besar SK Kemendor, Pn. Hjh Hamidah bt. Md Yussuf yang sudah bersara. Beliau merupakan bekas Guru Besar SK Chohong dan berpindah ke SK Kemendor. Kami warga SK Kemendor mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas. Semoga Tn. Hj. Buang b. Suliman sukses sepanjang berkhidmat di SK Kemendor.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: