INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Isnin, Oktober 12, 2015

TAHNIAH SKK JOHAN - KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11 DAERAH JASIN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2015





Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Kemendor yang telah menjadi johan dalam Kejohanan Bolasepak Bawah 11 tahun Daerah Jasin sempena Hari Sukan Negara yang telah dijalankan pada sabtu, 10 Oktober 2015 yang lalu. SK Kemendor juga telah dipilih oleh PPD Jasin untuk mengelola kejohanan tersebut. Sebanyak 15 buah pasukan dari kawasan Jasin dan Merlimau telah mengambil bahagian pada tahun ini.

Pasukan bolasepak SK Kemendor telah berjaya menewaskan SK Nyalas dengan keputusan 3-0 pada perlawanan akhir. Pada peringkat separuh akhir, SK Kemendor menewaskan SK Sri Lanang 4-0 dan menewaskan SK Batang Melaka 3-1 pada peringkat suku akhir. Manakala peringkat kumpulan pula, SK Kemendor menjadi johan kumpulan dengan menewaskan SK Bukit Senggeh ( 3-0 ) dan SK Asahan ( 7-0 ).

Terima kasih juga kepada En. Md. Noh bin Yusof ( Pegawai Sukan PPD Jasin) yang telah menyempurnakan upacara penutup kejohanan ini. Tahniah dan terima kasih juga di atas kerjasam kepada semua pihak yang terlibat.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: