INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Isnin, September 07, 2015

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SKK 2015







Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Program Solat Hajat Perdana untuk murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun 2015 telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penjaga murid tahun 6. Program ini diadakan pada 3 September 2015 bertempat di Masjid Felda Kemendor. Gotong royong memasak juga diadakan di masjid bersama warga SKK, wakil PIBG dan penduduk felda yang terlibat.

Program ini melibatkan seluruh warga SK Kemendor, murid tahun 5 dan 6, ibubapa dan penjaga. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan seterusnya solat taubat dan solat hajat yang diimankan oleh Ustaz Nur Azlan b. Abd. Karim. Sesudah itu diteruskan lagi dengan bacaan surah Yasin dan solat isya secara berjemaah diakhiri dengan jamuan makan.

Majlis ini juga dihadiri oleh ADUN Rim, YB Datuk Hj. Ghazale b. Muhamad dan beliau sempat memberi sedikit ucapan dan kata semangat untuk murid tahun 6 dan diikuti ucapan dari guru besar SK Kemendor.

Ahli Jawatankuasa Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Felda Kemendor, En. Rosli bin Bakar, Imam Masjid Felda Kemendor, Tn Hj. Abu Shah b. Hj Mamat, Imam jemputan, Ustaz Nur Azlan b. Abd. Karim, AJK Masjid Kemendor, Ibu Bapa dan Penjaga Tahun 5 dan 6, guru-guru dan seluruh warga SK Kemendor.

Semoga murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2015 dipermudahkan menjawab soalan-soalan dan diberikan ketenangan. Semoga di atas usaha-usaha yang telah dilakukan menemui kejayaan. Insha-Allah.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: