INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Isnin, Julai 05, 2010

Program bersama Fasilitator Schoolnet sempena Minggu Bestari SKK 2010

Pada 29 Jun 2010 bersamaan hari SELASA bermula 2.30 petang SK Kemendor, Felda Tun Ghaffar Kemendore, Jasin telah mengadakan salah satu aktiviti sempena Minggu Bestari (ICT) SK Kemendor 2010. Aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut ialah Pertandingan Karaoke ICT dan Kuiz ICT. Aktiviti ini telah dibantu oleh Komuniti Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka yang terdiri daripada Fasilitator Schoolnet(FS) Fasa 2. Program bersama FS pada petang tersebut dihadiri oleh Encik Nor Hashim b Hj Hasan, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Kumpulan sasaran program tersebut terdiri daripada guru-guru & murid-murid Tahap 2 iaitu 140 orang.

Puan Zainur ,guru SKK telah memulakan majlis dan seterusnya menyerahkan kepada Cik Siti Zawiah ( FS SK Nyalas) selaku Pengacara Aktiviti petang tersebut. Aktiviti bermula dengan Karaoke ICT yang disertai oleh 7 orang peserta dan dihakimi oleh guru-guru SK Kemendor . Kuiz ICT pula dijalankan secara "on the spot" yang diketuai oleh Encik Nor Azmil (FS SK Pernu) dan dibantu oleh Cik Nurul Iryani Haziyah (FS SKK). FS yang turut hadir adalah Cik Nurliyana Aida ( FS SK Jasin), Cik Siti Nadia ( FS SK Batu Berendam), Cik Nurul Zuzieana (FS SK Bertam Hulu) , Cik Aina Mardia (FS SK Dato Demang Husein), Encik Fahrulrazi (FS SK (F) Bukit Senggeh), Encik Muhd Farid (FS SK Tedong) dan Encik Mohd Faiz ( FS SK Batu Berendam 2).

Murid-murid yang berebut untuk menjawab soalan Kuiz ICT daripada FS. Karaoke ICT

Murid-murid dan guru-guru memberi respon yang sangat baik dan mereka begitu gembira dengan aktiviti yang dijalankan terutamanya ketika mendapat hadiah sekiranya berjaya menjawab Kuiz ICT. Mereka berharap aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang bagi membantu perkembangan ICT warga sekolah dan komuniti.

Jutaan Terima kasih kepada Pegawai daripada BTP, SK Kemendor, semua FS dan orang perseorangan yang membantu perjalanan aktiviti ini. Alhamdulillah aktiviti ini dapat juga dijalankan pada hari persekolahan dan mendapat sokongan serta pujian daripada Encik Nor Hashim serta warga sekolah.

Tiada ulasan: