INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Rabu, Februari 17, 2010

KEJOHANAN SUKAN SK KEMENDOR KALI KE 40 TAHUN 2010

Pada 11 Februari 2010, Khamis, SKK telah menganjurkan Kejohanan Sekolah Kali ke 40 untuk tahun 2010. Kejohanan Sukan kali ke40 ini dirasmikan oleh Tuan DSP Che' Suza bin Che' Hitam, Ketua Polis Daerah Jasin. Kejohanan sukan ini bermula kira-kira 2.30petang dengan dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat dr semua kontijen rumah sukan. Seterusnya acara olahraga akhir turut dijalankan pada petang tersebut. Kejohanan Sukan kali ini juga diselingkan dengan acara untuk kanak-kanak, ibu dan pegawai serta bapa dan pegawai.

Kontijen rumah sukan ketika Perbarisan Lintas Hormat
Johan Perbarisan (Rumah Merah) dan Johan Keseluruhan Rumah Sukan( Rumah Biru) serta Olahragawan (adik Mohd Ali Firdaus)
Keputusan Kejohanan Sukan Kali ke 40.

Johan Acara Perbarisan : Rumah Merah
Johan Keseluruhan Rumah : Rumah Biru
Naib Johan Keseluruhan Rumah : Rumah Hijau
Olahragawan : Mohd Ali Firdaus b Noriskandar ( Rumah Biru)
Olahragawati : Syaza Addina bt Zahari ( Rumah Kuning )


Ibu bapa/ Penjaga dan komuniti setempat yang hadir memeriahkan lagi Kejohanan Sukan SKK pada kali ini





Rumah Hijau ( Naib Johan Keseluruhan Rumah Sukan)
Acara Penyampaian Hadiah untuk acara Kanak-kanak, Acara Ibu dan Pegawai serta Acara Bapa dan Pegawai


SKK mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada VIP kita dan seterusnya ibubapa/penjaga yang datang memeriahkan kejohanan kali ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua penaja-penaja. Jutaan tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan tungkus lumus semua guru-guru, murid-murid serta seluruh warga SKK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan Kali Ke 40 tahun 2010 ini.

Untuk koleksi gambar Kejohanan Sukan Sekolah Sila KLIK SINI dan SINI


Tiada ulasan: