INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Rabu, Mac 16, 2016

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 SKK 2016







Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 14/3/2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan satu program motivasi untuk murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di dewan SK Kemendor. SKK menjemput En. Mohamad Isa b. Jolan iaitu Mantan Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Melaka sebagai penceramah motivasi untuk program ini. YB Datuk Hj. Ghazale b. Mohamad juga dijemput untuk merasmikan program tersebut. Semoga dengan segala aktiviti sepanjang motivasi dijalankan ini dapat memberi inspirasi serta meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai menghadapi peperiksaan UPSR 2016.

Sekian terima kasih. 

PENYAMPAIAN BANTUAN KWAMP SKK 2016






Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 11/3/2016 yang lalu, satu Majlis Penyampaian Bantuan KWAMP SK Kemendor telah diadakan selepas waktu rehat sekitar pukul 10.40 pagi di dewan SK Kemendor. Seramai lebih kurang 50 orang ibubapa yang hadir untuk menerima bantuan tersebut. Semoga dengan pemberian ini dapat membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Adalah menjadi hasrat KPM untuk membasmi murid yang tercicir daripada persekolahan akibat kemiskinan di samping  memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan negara.

Sekian terima kasih.

Rabu, Mac 09, 2016

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI KOLEJ KOMUNITI SELANDAR








Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 8/3/2016, Panatia Pendidikan Islam SK Kemendor telah menganjurkan Program Pengurusan Jenazah di Kolej Komuniti Selandar bermula jam 2.30 petang. Program ini dihadiri seramai 53 orang termasuk murid tahun 6 dan Persatuan Pendidikan Islam SK Kemendor. Program ini juga dikendalikan oleh Ustaz Rahmat b. Abdullah dan Ustaz Mohd Toriq b. Hj. Sulaiman.

Sekian Terima Kasih.