
Pertandingan Merentas Desa antara rumah sukan telah diadakan pada 1 Februari lalu. Semua murid telah menyertai pertandingan tersebut. Rumah Biru telah mendapat kutipan mata tertinggi iaitu 157, diikuti oleh rumah hijau 113, rumah merah 90 mata dan 82 mata oleh rumah kuning. Tahniah Rumah Biru!


27 Januari yang lalu, sekolah telah mengadakan Program Motivasi Keibubapaan di dewan sekolah. Majlis dimulai dengan pembentangan Program Peningkatan UPSR 2011 oleh Pn Hjh Fatimah bt Muhamad, Guru Besar SK Kemendor. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En Mohamad Isa b Jolan, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Melaka. Ibubapa yang hadir telah memberi kerjasama dan respon yang positif.