INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Khamis, Ogos 11, 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MOHD NORDIN B. JAMARI





Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 5 Ogos 2016 hari Jumaat, SKK telah mengadakan majlis perpisahan seorang guru iaitu Cikgu Mohd Nordin bin Jamari. Majlis ini untuk mengenang jasa dan bakti Cikgu Mohd Nordin selama 3 bulan lebih berkhidmat di SKK. Walaupun beliau sekejap sahaja berkhidmat di SKK, beliau banyak membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti yang telah dibuat dan banyak berkongsi pengalaman berkaitan pengajaran dan pembelajaran semasa beliau bertugas selama 10 tahun lebih sebagai pegawai PPD di Cameroon Highland, Pahang. 
Cikgu Mohd Nordin akan bertugas di Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pendidikan Melaka.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Cikgu Mohd Nordin b. Jamari dan semoga sukses di tempat yang baru. Insha-Allah

Sekalung Budi diucapkan dan Selamat Maju Jaya
TERIMA KASIH CIKGU MOHD NORDIN BIN JAMARI

Sekian terima kasih

Tiada ulasan: