Selamat sejahtera
10 JULAI 2015 - Satu majlis program Ihya' Ramadhan di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Kemendor telah diadakan pada jam 7.10 pagi bertempat di perkarangan tapak perhimpunan. Program ini telah berlangsung bermula dari tarikh 18 Jun 2015 hingga 10 Julai 2015 dan menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh tersebut.
Matlamat :
Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan guru-guru betapa istimewanya bulan Ramadhan ini disamping dapat menambahkan amalan pahala.
Objektif :
- Mendidik murid cintakan Al-Quran
- Mengeratkan ukhwah antara seluruh warga sekolah
Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan
- Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri murid seperti para solihin
- Melahirkan murid yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Islam dan peristiwa di dalamnya.
Antara aktiviti sepanjang program Ihya' Ramadhan :
Tadarus Al-Quran ( 18 Jun - 9 Julai 2015 )
Program Khatam A-Quran ( 10 Julai 2015 )
Kutipan derma ( sepanjang Ramadhan )
Bacaan Yaasin ( setiap pagi Jumaat )
Sumbangan anak yatim ( 10 Julai 2015 )
Pertandingan mewarna dan kuiz ( 18 Jun - 9 Julai 2015 )
Pemenang Ihya' Ramadhan Tahun 2015
Sekian terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan