MENU

Khamis, Jun 25, 2015

HARI TERBUKA SKK 2015


Ibubapa dijemput hadir.

Sekian terima kasih.

Rabu, Jun 17, 2015

SELAMAT BERPUASA & MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1436H / 2015M


SELAMAT BERPUASA 
MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
kepada semua muslimin dan muslimat.
_________________________________________________________

IKHLAS DARI KAMI WARGA SK KEMENDOR

Selasa, Jun 02, 2015

PROGRAM HARI KANTIN SKK 2015






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 30 Mei 2015, SKK telah mengadakan program Hari Kantin bagi tahun 2015 bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari bertempat di dataran perhimpunan SK Kemendor. Menyediakan pelbagai jualan seperti makanan, minuman, buah-buahan serta pakaian terpakai dan aktiviti seperti senamrobik, karaoke serta permainan. Ramai pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan program tersebut seperti murid-murid, ibubapa serta bekas pelajar SK Kemendor dan penduduk Felda Tun Ghafar Kemendore.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini dan pihak SKK ingin mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam program tersebut.

Sekian terima kasih.

MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT & CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 6/2015




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 29 Mei 2015, satu Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi kali kedua untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini telah diadakan jam 7 pagi hingga 9 pagi. SKK telah menjemput Ustaz Azli Khalid bin Abu Khir dari SMA Jaim Chenderah untuk mengetuai bacaan yaasin, solat hajat dan memberi ceramah motivasi dalam majlis tersebut. Terima kasih kepada Ustaz Azli Khalid kerana sudi hadir dan kerjasama yang diberikan.

Sekian terima kasih.

Isnin, Jun 01, 2015

SELAMAT CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2015


CUTI SEKOLAH : 30 MEI 2015 - 14 JUN 2015

Assalamualaikum
Selamat sehajtera

Selamat bercuti kepada semua warga SKK sempena cuti pertengahan tahun 2015, semoga cuti sekolah ini diminta semua pelajar SK Kemendor dapat menjaga diri dengan baik, jangan lupa buat ulangkaji dan jangan banyak sangat waktu bermain.. tolong-tolong sikit mak ayah dekat rumah..okay!

Sekian terima kasih