INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, Disember 27, 2016

MAJLIS PENUTUP SESI PERSEKOLAHAN 2016 DAN PERPISAHAN CIKGU MOHD NOOR DAN CIKGU MOHD ZAHARI







Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 25 November 2016 yang lalu, SKK telah mengadakan majlis penutup sesi persekolahan 2016 dan perpisahan dua orang guru yang akan berpindah tahun. Dua orang guru tersebut ialah Cikgu Mohd Zahari yang akan berpindah ke sekolah di Negeri Kelantan dan Cikgu Mohd Noor yang akan berpindah ke SK Chabau, Melaka. SKK ingin mengucapkan terima kasih diatas jasa sepanjang berkhidmat di SKK dan semoga Cikgu Mohd Zahari dan Cikgu Mohd Noor lebih sukses di tempat mengajar yang baru.

Sekian terima kasih.

JAMUAN AKHIR TAHUN SKK 2016










Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 23 November 2016 yang lalu, Kelab Guru dan Staf SKK telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun jam 3.00 hingga 6.00 petang bertempat di Holiday Inn, Melaka dan majlis ini merupakan majlis penutup untuk tahun 2016. Majlis bermula dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan-ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Staf, En. Mohd Baktiee dan Guru Besar SKK, Tn. Hj. Buang seterusnya menjamu selera, karaoke dan sesi bergambar.
Semoga tahun 2017 yang bakal tiba SKK lebih sukses mencapai kejayaan kurikulum dan ko-kurikulum. Insha-Allah.

Sekian terima kasih

MAJLIS GRADUASI MURID TAHUN 6/2016







KLIK SINI LIHAT ALBUM

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 22 November 2016 yang lalu, SKK telah mengadakan program Majlis Graduasi Murid tahun 6/2016 anjuran unit Badan Kecemerlangan SKK di dewan SK Kemendor.
SKK ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua murid tahun 6 diatas kesungguhan, usaha dan kejayaan yang dicapai pada tahun ini. Selama 8 bulan murid tahun 6 bertungkus lumus mempelajari subjek sebelum menempuh cabaran peperiksaan UPSR dan majlis ini untuk menghargai semua murid tahun 6 diatas usaha masing-masing untuk peperiksaan UPSR 2016. Semoga semua murid tahun 6 tahun 2016 akan terus sukses di masa akan datang.

Sekian terima kasih.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2016








Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 22 November 2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan program Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2016 pada jam 8.00 pagi di Dewan SK Kemendor. 
Program ini dianjurkan oleh unit Panitia Pendidikan Islam SKK dan program ini juga dilangsungkan serentak dengan semua sekolah di negeri Melaka. SKK mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya khatam Al-Quran dan mengharapkan murid SKK terus membaca Al-Quran pada setiap hari.

Sekian terima kasih.

KEMBARA EXPLORASI DAKWAH DAN RAMAH MESRA MASYARAKAT FELDA KEMENDOR & FELDA AIR KANGKONG











KLIK SINI LIHAT ALBUM

Pada 18 dan 19 November yang lalu, satu program Kembara Explorasi Dakwah dan Mesra Masyarakat Felda Kemendor dan Felda Air Kangkong telah diadakan. Program ini berlangsung selama 2 hari dan dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pelbagai aktiviti-aktiviti dijalankan seperti perlawanan persahabatan bolasepak, bola jaring, sukaneka, ceramah perdana, program motivasi dan macam-macam lagi. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad, ADUN Kawasan Rim, Jasin.
 SK Kemendor rasa berbangga kerana dapat memberi kerjasama dengan MAIWP untuk menjayakan program ini. SK Kemendor juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAIWP dan yang terlibat diatas sumbangan yang diberikan kepada murid SKK dan sekolah.
Sekian terima kasih.