INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Rabu, Oktober 12, 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016












Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 8 Oktober yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan program sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung di seluruh pelusuk tanah air bermula jam 4.30 petang hingga 7.00 petang bertempat di SK Kemendor.

Semua pihak melalui penglibatan sektor awan, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjurkan dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Warga SK Kemendor, JKKK dan penduduk Felda Tun Ghafar Kemendor telah bekerjasama untuk menjayakan program Hari Sukan Negara dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Antaranya,

- Senamrobik
- Jalan 10000 Langkah
- Cabutan Bertuah
- Perlawanan Bola Sepak
- Perlawanan Bola Tampar
- Perlawanan Bola Jaring

Semoga warga SK Kemendor dan seluruh penduduk Felda Tun Ghafar Kemendor dapat mengekalkan budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

SK Kemendor mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKKK Felda Tun Ghafar Kemendor dan semua yang terlibat untuk menjayakan program Hari Sukan Negara pada tahun 2016.

Sekian Terima Kasih.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH SKK 2016





KLIK SINI LIHAT ALBUM

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 7 Oktober 2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan program Sambutan Maal Hijrah 2016 bersamaan dengan 1438 Hijrah bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan SK Kemendor anjuran Panatia Pendidikan Islam SKK.

Tarikh 1 Muharram 1438H jatuh pada 2 Oktober 2016 iaitu Hari Ahad yang lalu dan merupakan cuti umum kepada rakyat Malaysia. Tema Maal Hijrah pada Tahun 2016 ialah UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH.

SK Kemendor telah menjemput Ustaz Kamil b. Mohd Iskah daripada Sekolah Menengah Asy-Syakirin, Selandar untuk memberi ceramah berkaitan keistimewaan Maal Hijrah bagi umat islam kepada semua warga SKK. Semoga ceramah yang diberi dapat menambahkan ilmu, pengajaran serta sejarah hidup Rasulullah SAW ketika di bulan Muharram.

Sekian terima kasih