INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, September 27, 2016

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKK DI SEDANAN OUTDOOR CAMP 2016





















Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 23 - 25 September 2016, Unit Kokurikulum SK Kemendor telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah bagi tahun 2016 di Sedanan Outdoor Camp, Alor Gajah, Melaka dan jaraknya 15KM dari sekolah. Perkhemahan tersebut telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Seramai 69 orang murid tahap 2 telah menyertai perkhemahan tersebut.

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya melakukan aktiviti- aktiviti yang telah dirancang oleh fasilitator Sedanan Outdoor Camp. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan :

HARI PERTAMA

1. Mendirikan khemah
2. Ice Breaking
3. Kembara Malam

HARI KEDUA

1. Senaman Pagi
2. Kembara Hutan, Ikhtiar Hidup & Masakan Hutan
3. Persiapan Malam Kebudayaan
4. Persembahan Kumpulan pada Malam Kebudayaan

HARI KETIGA

1. Aktiviti laluan berhalangan
2. Meruntuhkan khemah dan menbersihkan kawasan
3. Majlis penutup.

Perkhemahan Unit Beruniform SK Kemendor berakhir jam 12.30 petang.

Tahniah kepada murid-murid yang menyertai kerana berjaya menjalankan aktiviti dengan sangat baik. SKK berharap murid yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mempelajari sesuatu dalam setiap aktiviti yang telah dilakukan dan dapat menaikan lagi keyakinan diri pada setiap peserta.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat terutama kem komandan, En. Mohd Nurul Syuhada dan pembantunya yang berjaya menjalankan tugas-tugas yang diberikan dengan sangat baik.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Sedanan Outdoor Camp yang telah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat yang selesa, aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan makanan-makanan yang dihidangkan dan lain-lain lagi.

Sekian terima kasih.

Khamis, September 22, 2016

PENUTUP BULAN KEBANGSAAN SKK 2016










Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 20 September 2016, satu Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2016 anjuran Panitia Sejarah SKK telah diadakan di dewan sekolah bermula jam 8.00 pagi. Majlis penutup ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Buang bin Saliman, Guru Besar SK Kemendor.
Antara aktiviti sepanjang majlis tersebut ialah persembahan pemenang koir merdeka, penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang bertanding sepanjang aktiviti bulan kemerdekaan dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Sekian terima kasih.