INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, Ogos 30, 2016

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2016







Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 22 Ogos 2016, satu majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-59 tahun 2016 yang bertemakan Sehati Sejiwa telah diadakan pada jam 7.40 pagi bertempat di dataran SK Kemendor. 

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Guru Penolong Kanan 1 SKK, Pn. Rosyati binti Marzuki, gimik pelancaran, penyerahan bendera kepada ketua kelas, persembahan murid dan nyanyian lagu patriotik.

Antara aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan 2016 seperti :


Sekian terima kasih.

Khamis, Ogos 11, 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MOHD NORDIN B. JAMARI





Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 5 Ogos 2016 hari Jumaat, SKK telah mengadakan majlis perpisahan seorang guru iaitu Cikgu Mohd Nordin bin Jamari. Majlis ini untuk mengenang jasa dan bakti Cikgu Mohd Nordin selama 3 bulan lebih berkhidmat di SKK. Walaupun beliau sekejap sahaja berkhidmat di SKK, beliau banyak membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti yang telah dibuat dan banyak berkongsi pengalaman berkaitan pengajaran dan pembelajaran semasa beliau bertugas selama 10 tahun lebih sebagai pegawai PPD di Cameroon Highland, Pahang. 
Cikgu Mohd Nordin akan bertugas di Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pendidikan Melaka.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Cikgu Mohd Nordin b. Jamari dan semoga sukses di tempat yang baru. Insha-Allah

Sekalung Budi diucapkan dan Selamat Maju Jaya
TERIMA KASIH CIKGU MOHD NORDIN BIN JAMARI

Sekian terima kasih

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKK 2016








Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 25 Julai 2015, satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada jam 7.40 pagi di Dewan SK Kemendor. Pelbagai aktiviti dan persembahan telah diadakan sepanjang majis berlangsung seperti persembahan daripada murid SKK, dan karaoke raya untuk para guru yang sudi menyumbangkan suara. Pertandingan Fesyen tahap 1 dan 2 dan baju sedondon juga turut diadakan dan pemenang akan dipilih oleh panel hakim. Ketupat, rendang dan kuih raya juga disediakan untuk murid-murid dan guru-guru SKK menjamu selera.

PEMENANG PERTANDINGAN FESYEN

TAHAP 1 :
1. NUR HAZIQAH DARWISYAH BINTI ARMAN
2. MUHAMMAD ZHARIF BIN RUZIL ASIM
3. NUR AUNI ATHIRAH BINTI NURAZMAN

TAHAP 2 :
1. AKMAL RIZAL BIN NIZAM
2. ADRIANA BATRISYIA BINTI ABD. MALEK
3. NUR AQILAH BINTI IDZHAM HADI 

PEMENANG BAJU RAYA SEDONDON

1. FARISH NAJWAN B. IZHAM & KARMILA NURASFRINA BT. ABDUL KHAIRUL
2. NUR AYU SYAFIQAH BT. ZAIDI & MUHAMMAD AQIL B. ZAIDI

Sekian terima kasih.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SKK 2016






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

1 JULAI 2016 - Satu majlis program Ihya' Ramadhan di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Kemendor telah diadakan pada jam 7.10 pagi bertempat di perkarangan tapak perhimpunan. Program ini telah berlangsung bermula dari tarikh 3 Jun 2016 hingga 1 Julai 2016 dan menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh tersebut.

Matlamat :

Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan guru-guru betapa istimewanya bulan Ramadhan ini disamping dapat menambahkan amalan pahala.

Objektif :

- Mendidik murid cintakan Al-Quran
- Mengeratkan ukhwah antara seluruh warga sekolah
Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan
- Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri murid seperti para solihin
- Melahirkan murid yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Islam dan peristiwa di dalamnya.

Antara aktiviti sepanjang program Ihya' Ramadhan :

Tadarus Al-Quran ( 13 Jun - 1 Julai 2016 )
Program Khatam A-Quran ( 1 Julai 2016 )
Kutipan derma ( sepanjang Ramadhan )
Bacaan Yaasin ( setiap pagi Jumaat )
Sumbangan anak yatim ( 1 Julai 2016 )
Penyampaian duit Hari Raya bagi perserta Khatam Al-Quran dan semua murid SKK ( 1 Julai 2016 )

Sekian terima kasih.