INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Khamis, Jun 30, 2016

PROGRAM HARI TERBUKA SKK 2016







Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 24 Jun 2016, SKK telah mengadakan program Hari Terbuka bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ibu bapa telah hadir ke sekolah untuk menandatangani kad laporan pelajar dan mengikuti perkembangan prestasi anak-anak dalam kelas. Sesi bertemu dengan guru kelas juga telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir untuk memberi kerjasama.

Sekian terima kasih.

Rabu, Jun 22, 2016

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 2016


Salam Nuzul Al-Quran 2016!

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.


SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN DARI KAMI WARGA SK KEMENDOR.

Isnin, Jun 13, 2016

PERTANDINGAN NYANYIAN DONDANG SAYANG SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA 2016









Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 26 Mei 2016, Pertandingan Nyanyian Dondang Sayang Sekolah Rendah Negeri Melaka 2016 telah diadakan di Dewan SK Kemendor jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang. SKK telah dipilih untuk mengelola pertandingan dondang sayang untuk tahun ini. Sebanyak 13 buah sekolah rendah negeri Melaka telah menyertai pertandingan tersebut. 

Sekali lagi SKK telah menghantar wakil yang sama seperti tahun lepas iaitu Maisarah bt. Husin dan Nur Aqilah bt. Idzham Hadi dalam pertandingan tersebut. Walaupun tiada tempat, mereka berjaya memberikan persembahan nyanyian dondang sayang dengan baik sekali.


Tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan dondang sayang yang berjaya membawa pulang trofi kemenangan yang telah disampaikan oleh En. Husin bin Chek, Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Melaka dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan nyanyian dondang sayang sekolah rendah negeri Melaka bagi tahun 2016 dengan baik dan berjalan dengan lancar.


Pemenang pertandingan nyanyian dondang sayang sekolah rendah negeri Melaka 2016 di menangi oleh adik Amirul Hafiz b. Zainudin dan pasangannya Nor Anisa Athirah bt. Mohd Sayuthi dari SK Serkam. Tahniah diucapkan.

Sekian terima kasih