INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Rabu, April 20, 2016

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKK KALI KE-46/2016












Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 14 April 2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan satu Kejohanan Sukan Tahunan SKK 2016 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 petang di Padang SK Kemendor. 

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengurus Felda Kemendor iaitu En. Md Lazi b. Jamaluddin. Kejohanan ini diselitkan juga acara untuk ibubapa dan juga staf SK Kemendor. Secara keseluruhan kejohanan ini berjaya dimenangi oleh Rumah Hijau sebagai johan bagi edisi ke-46 tahun 2016 manakala Rumah Biru menjadi naib johan. Olahragawan dimenangi oleh Ahmad Rafiuddin b. Rosli dari rumah Biru dan olahragawati dimenangi oleh Maisarah b. Husin dari rumah Kuning.

Kami warga SK Kemendor ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir memeriahkan lagi kejohanan ini dan kerjasama yang diberikan. Tahniah juga kepada pemenang-pemenang yang menerima pingat dan hadiah dalam kejohanan tersebut.
Sekian terima kasih.

Rabu, April 06, 2016

SENAMROBIK BERSAMA MILO 2016







Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 6 April 2016, SK Kemendor telah mengadakan program Senamrobik dengan kerjasama Syarikat Nestle Sdn. Bhd. melalui jenama milo bermula jam 9.00 pagi di padang sekolah. 

Tujuan Syarikat Nestle Sdn. Bhd. melalui jenama milo ingin mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah melalui aktiviti senamrobik supaya ia menjadi satu budaya dalam kehidupan seharian mereka.

Sekian terima kasih.

KEM MEMBACA 1MALAYSIA SKK 2016






Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 5 April 2016, SK Kemendor telah mengadakan program Kem Membaca 1Malaysia pada jam 11.00 pagi bertempat di dewan SK Kemendor. Program ini juga merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Sekian terima kasih.

SUKANTARA SKK 2016






Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 5 April 2016, Unit Ko-kurikulum SK Kemendor telah mengadakan Kejohanan Sukantara bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi di padang SK Kemendor. Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari iaitu pada 5 - 8 April 2016.
Beberapa acara seperti lompat jauh, lontar peluru, larian 100m dan 200m dijalankan untuk membuat pungutan mata dan pemilihan atlet setiap rumah sukan untuk mewakili pada kejohanan sukan tahunan sekolah yang akan diadakan pada minggu hadapan.
Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua atlet yang telah menunjukan kesungguhan sepanjang sukantara dijalankan.

Sekian terima kasih.

HARI KANTIN SKK 2016









Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada hari Sabtu, 2 April 2016 yang lalu, Unit Ko-kurikulum SK Kemendor telah mengadakan program Hari Kantin SKK bagi tahun 2016 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di kawasan sekolah. 
Tujuan diadakan Hari Kantin ialah untuk mengumpul dana yang akan digunakan untuk menjalankan program-program sekolah yang akan datang. Selain itu juga, dapat merapatkan lagi hubungan guru, staf, murid, ibubapa dan penduduk setempat.
Terdapat lebih kurang 8 buah gerai yang dibuka pada Hari Kantin. Pelbagai jenis makanan, minuman, permainan, karaoke, dan lain-lain lagi. Aktiviti senamrobik juga turut diadakan pada awal pagi.
Sambutan yang diterima daripada murid, bekas guru dan murid SKK, ibubapa serta penduduk setempat amat memberansangkan. Mula memenuhi kawasan sekolah seawal 8 pagi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program Hari Kantin SK Kemendor tahun 2016.

Sekian terima kasih.