INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Rabu, Februari 17, 2016

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. JAMALIAH BT. MD. YASIN














Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Pada 5/2/2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih buat Pn. Hjh. Jamaliah bt. Md. Yasin bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan SKK. Majlis ini juga dihadiri sahabat beliau yang pernah bekerjasama suatu ketika dahulu di SK Kemendor.
Beliau telah berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selama 31 tahun bermula tahun 1984. SMK Balishah, Kulim, Kedah merupakan sekolah pertama beliau berkhidmat pada tarikh 1/1/1984 dan menamatkan perkhidmatannya di SK Kemendor pada 5/2/2016.
Semoga persaraan ini memberi lebih makna dalam kehidupan Pn. Hjh. Jamaliah bt. Md Yasin dan kami warga SKK mendoakan agar Pn. Hjh. Jamaliah dikurniakan rahmat, kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Selamat Bersara
&
Jasamu Dikenang

PUAN HAJAH JAMALIAH BT. MD YASIN

( 1 JANUARI 1984 - 5 FEBRUARI 2016 )



Multimedia Persaraan 
Pn. Hjh. Jamaliah bt. Md. Yasin



Sekian terima kasih

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN SKK 2016













Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 3/2/2015 yang lalu, satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Darjah telah diadakan di dewan SK Kemendor. Majlis ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Ahmad Kamal b. Ramtan, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar SK Kemendor, Tn. Hj. Buang b. Saliman dan diikuti ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Ahmad Kamal b. Ramtan. Seterusnya penyampaian watikah disampaikan kepada ketua dan penolong darjah, pengawas pusat sumber dan pengawas sekolah. Diakhiri dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas dan penyampaian cendaramata kepada Tn. Hj. Ahmad Kamal b. Ramtan.
SK Kemendor mengharapkan pegawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong darjah SK Kemendor dapat melaksanakan tanggungjawab dalam tugas-tugas yang diberikan dengan sebaik-baiknya.  

Sekian terima kasih.

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 SKK 2016






Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 2/2/2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan program Perjumpaan Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 6 bermula jam 2.30 petang bertempat di dewan SKK. Tujuan program ini adalah dapat mewujudkan hubungan baik antara ibubapa/penjaga murid dengan tenaga pengajar Tahun 6 dalam usaha meningkatkan kuantiti dan kualiti UPSR dan membentangkan program anjuran sekolah serta format baru peperiksaan demi Kecemerlangan Akademik UPSR 2016. 
Antara program yang dijalankan seperti pembentangan Program Kecemerlangan Akademik UPSR 2016 yang disampaikan oleh Guru Besar SKK, Tn. Hj. Buang b. Saliman dan penerangan format baru peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik oleh Ketua Panitia setiap subjek berkenaan.
Pihak SKK mengucapkan terima kasih kepada ibubapa/penjaga murid tahun 6 yang sudi hadir memberi kerjasama untuk menjayakan program ini dan mengharapkan program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Sekian terima kasih.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKK 2016






Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 26/1/2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan satu Kejohanan Merentas Desa SK Kemendor bagi tahun 2016 pada jam 11.00 pagi. Sebelum kejohanan tersebut dimulakan, sesi taklimat kepada murid-murid dan guru-guru serta sesi memanaskan badan telah diadakan. Guru-guru bergerak mengambil bahagian tugas-tugas yang telah ditetapkan dan murid-murid dilepaskan mengikut kelas masing-masing. 
SKK telah menyediakan dua laluan merentas desa iaitu untuk laluan tahap 1 ( prasekolah, darjah 1,2&3) dan laluan tahap 2 ( darjah 4,5 & 6 ). Setiap murid wajib melalui check point yang ditetapkan sehingga ke garisan penamat. Pemenang pertama hingga 10 layak menerima markah mengikut tahun ( tahun 1- 6 ) dan kategori dibahagikan kepada 2 iaitu lelaki dan perempuan. Markah tersebut akan dikumpulkan mengikut rumah sukan masing-masing dan akan dibawa ke kejohanan sukan sekolah yang akan datang. Kejohanan ini diakhiri dengan penyampaian pingat kepada murid yang berjaya mendapat kedudukan yang terbaik oleh Guru Besar SK Kemendor, Tn. Hj. Buang b. Saliman.
Terima kasih kepada guru,staf dan pekerja sekolah yang terlibat memberi kerjasama menjayakan kejohanan tersebut. 
Sekian terima kasih.


***Kejohanan ini pada awalnya bermula jam 8.00 pagi tetapi ditangguhkan kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan demi keseamatan murid.

PROGRAM PELANCARAN NILAM SKK 2016








Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 25/1/2016 yang lalu, SKK mengadakan satu lagi program anjuran Pusat Sumber SK Kemendor iaitu Program Pelancaran Nilam 2016 bermula jam 11.00 pagi di dewan SKK. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran maskot Robita. Program ini juga dirasmikan oleh Guru Besar SK Kemendor, Tn. Hj. Buang b. Saliman. SK Kemendor mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada yang terlibat menjayakan program ini.

Sekian terima kasih.