INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, Januari 12, 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DUN RIM 1437H/2016M





Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 9 Januari 2016 yang lalu, Dun Rim telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Dun Rim 1437H/2016M. SK Kemendor telah menghantar wakil guru dan murid menyertai perarakan sambutan tersebut yang bermula seawal jam 7.30 pagi bermula di Masjid Ansarul Sunnah Kg Terentang dan berakhir di Masjid As Sajidin Simpang Kerayong yang telah disertai lebih 1000 orang termasuk para belia Dun Rim dan kawasan sekitarnya. Turut diadakan sesi tazkirah serta penyampaian sijil penyertaan di Masjid Simpang Kerayong.

Sekian terima kasih.

MAJLIS PERPISAHAN PN. HJH MAZLINA & PN. LATIFAH & MENYAMBUT KEDATANGAN GURU BESAR SKK YANG BAHARU.






Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 8 Januari 2016 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan Majlis Perpisahan Pn. Hjh Mazlina dan Pn. Latifah yang telah berpindah ke sekolah lain bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di dewan SK Kemendor. Pn. Hjh Mazlina yang sudah berkhidmat di SK Kemendor selama 24 tahun telah berpindah ke SK Air Baruk manakala Pn. Latifah berpindah ke SK Kesang Tua. Majlis perpisahan ini berlangsung tanpa kehadiran yang diraikan Pn. Latifah yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tertentu. Semoga Pn. Hjh Mazlina dan Pn. Latifah sukses di tempat kerja yang baru. Kami warga SK Kemendor sentiasa mendoakan yang terbaik.
Pada pagi itu juga, warga SK Kemendor menyambut kehadiran guru besar yang baru iaitu Tn. Hj. Buang bin Saliman yang mengantikan mantan guru besar SK Kemendor, Pn. Hjh Hamidah bt. Md Yussuf yang sudah bersara. Beliau merupakan bekas Guru Besar SK Chohong dan berpindah ke SK Kemendor. Kami warga SK Kemendor mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas. Semoga Tn. Hj. Buang b. Suliman sukses sepanjang berkhidmat di SK Kemendor.

Sekian terima kasih.

Rabu, Januari 06, 2016

BACK TO SCHOOL 2016



SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SK KEMENDOR

SESI PERSEKOLAHAN 2016

HARI ORENTASI TAHUN 1 & PENDAFTARAN PRA-SEKOLAH SKK SESI PERSEKOLAHAN 2016





Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pada 31/12/2015 yang lalu, SK Kemendor telah mengadakan satu program Hari Orentasi Tahun 1 dan Pendaftaran Pra-Sekolah bagi sesi 2016 bertempat di dewan SK Kemendor.
Kami warga SK Kemendor ingin mengucapkan selamat datang ke sekolah kepada murid tahun 1 dan pra-sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 2016 dan terima kasih kepada ibubapa kerana sudi memilih SK Kemendor sebagai lokasi untuk anak-anak mencari ilmu. Semoga kecemerlangan dalam semua aspek mengiringi anak-anak murid SK Kemendor. Insha-Allah...

Sekian terima kasih