INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Isnin, September 21, 2015

KARNIVAL MINI BOLA BALING TERTUTUP NEGERI MELAKA BAWAH 11 TAHUN




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 19 September 2015, SK Kemendor telah menghantar pasukan bola baling lelaki dan perempuan bawah 11 tahun ke Karnival Mini Bola Baling Tertutup Negeri Melaka bertempat di Sport Planet Futsal Cheng jam 8 pagi hingga 5 petang.
Pasukan bola baling lelaki bawah 11 tahun berjaya menduduki tempat ke-4 manakala pasukan bola baling perempuan bawah 11 tahun menduduki tempat ke-6.
Warga SKK mengucap tahniah dan terima kasih kepada pasukan, pengurus dan jurulatih bola baling SKK. Semoga karnival tersebut dapat memberi pengalaman berguna kepada pemain bola baling SKK untuk akan datang.

Sekian terima kasih

Jumaat, September 18, 2015

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SKK 2015






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 18 September 2015, satu Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2015 anjuran Panitia Sejarah SKK telah diadakan di dataran perhimpunan jam 7.40 pagi. Majlis penutup ini dirasmikan oleh Puan Hjh Hamidah bt. Md. Yussuf, guru besar SK Kemendor.
Antara aktiviti sepanjang majlis tersebut ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang bertanding sepanjang aktiviti bulan kemerdekaan dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Sekian terima kasih.

LATIHAN SUKANTARA SKK 2015




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

SK Kemendor telah mengadakan latihan sukantara yang bermula pada 17 dan 18 September 2015 di padang SKK jam 8 pagi hingga 10 pagi. Latihan ini adalah untuk persediaan murid dan pasukan rumah sukan untuk membuat pemilihan peserta yang akan terlibat dalam pertandingan sukantara dan sukan sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi. Harap peserta yang terpilih dapat melakukan yang terbaik buat pasukan rumah masing-masing. Kipidap!! Dongibab!!

Majulah sukan untuk negara.

Sekian, terima kasih.

CERAMAH PEMAKANAN SIHAT




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 17 September 2015, satu program Ceramah Pemakanan Sihat telah diadakan jam 10 pagi di Makmal Komputer SKK dan hanya murid tahun 6 sahaja yang terlibat. Ceramah ini disampaikan oleh Puan Ashrini Vastharan, Pegawai Sains Pemakanan dari PKD Jasin. Semoga program ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan pentingnya kesihatan dari segi pemakanan dalam kehidupan seharian.

Sekian, terima kasih.

BENGKEL APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ASAS TINGGI ( KBAT ) DALAM PdP PENDIDIKAN ISLAM DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH ( PTD )







Assalamualaikum
Selamat sejatera

Pada 12 September 2015, satu program Bengkel Aplikasi Kemahiran Berfikir Asas Tinggi ( KBAT ) dalam PdP Pendidikan Islam di bawah Program Transformasi Daerah ( PTD ) telah diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Seminar PPD Jasin. Program ini disampaikan oleh Ustazah Rohaizah binti Othman yang merupakan Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Program ini melibatkan semua guru pendidikan Islam sekolah-sekolah daerah Jasin. SK Kemendor telah dilantik sebagai Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Daerah Jasin bagi program tersebut,

Sekian terima kasih.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID SKK KE ZOO MELAKA






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 8 dan 10 September 2015, SK Kemendor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka. Murid yang terlibat dalam lawatan tersebut ialah semua murid tahun 2, 3, 4 dan 5. Lawatan ini dibuat supaya murid tidak menganggu murid tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR yang berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 September 2015. 

Sekian terima kasih.

Isnin, September 14, 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA 2015


Kami seluruh warga SK Kemendor ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

#SEHATISEJIWA

Isnin, September 07, 2015

SEMOGA BERJAYA KEPADA CALON UPSR SKK 2015


Semua murid tahun 6 Amanah
Semua murid tahun 6 Budiman

MAJLIS HALAL RESTU ILMU CALON UPSR SKK 2015




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 7 September 2015, SK Kemendor telah mengadakan Majlis Halal Restu Ilmu Calon UPSR 2015. Majlis ini bertujuan menzahirkan restu dan halal ilmu yang semua guru SKK serta penyataan doa dan harapan guru kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2015 pada 8, 9 dan 10 September 2015.

Sekian terima kasih

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SKK 2015







Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Program Solat Hajat Perdana untuk murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun 2015 telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penjaga murid tahun 6. Program ini diadakan pada 3 September 2015 bertempat di Masjid Felda Kemendor. Gotong royong memasak juga diadakan di masjid bersama warga SKK, wakil PIBG dan penduduk felda yang terlibat.

Program ini melibatkan seluruh warga SK Kemendor, murid tahun 5 dan 6, ibubapa dan penjaga. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan seterusnya solat taubat dan solat hajat yang diimankan oleh Ustaz Nur Azlan b. Abd. Karim. Sesudah itu diteruskan lagi dengan bacaan surah Yasin dan solat isya secara berjemaah diakhiri dengan jamuan makan.

Majlis ini juga dihadiri oleh ADUN Rim, YB Datuk Hj. Ghazale b. Muhamad dan beliau sempat memberi sedikit ucapan dan kata semangat untuk murid tahun 6 dan diikuti ucapan dari guru besar SK Kemendor.

Ahli Jawatankuasa Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Felda Kemendor, En. Rosli bin Bakar, Imam Masjid Felda Kemendor, Tn Hj. Abu Shah b. Hj Mamat, Imam jemputan, Ustaz Nur Azlan b. Abd. Karim, AJK Masjid Kemendor, Ibu Bapa dan Penjaga Tahun 5 dan 6, guru-guru dan seluruh warga SK Kemendor.

Semoga murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2015 dipermudahkan menjawab soalan-soalan dan diberikan ketenangan. Semoga di atas usaha-usaha yang telah dilakukan menemui kejayaan. Insha-Allah.

Sekian terima kasih.