INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Isnin, Julai 27, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKK 2015






KLIK SINI LIHAT ALBUM

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 25 Julai 2015, satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada jam 7.40 pagi anjuran bersama PIBG SK Kemendor. Antara aktiviti yang dilakukan secara gotong royong seperti memasak dodol ( 3 kawah), memasak kari ayam ( 1 kawah ) dan sambal kacang, menyerahkan dodol yang dimasak kepada semua murid dan lain-lain lagi.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG yang sudi hadir memberi kerjasama dan juga kepada yang sudi memberi pinjaman peralatan memasak seperti kawah kepada pihak sekolah untuk menjayakan program tersebut. Insha-Allah semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.

Sekian terima kasih


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

Rabu, Julai 15, 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Assalamualaikum
selamat sejahtera

Kami warga SK Kemendor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua murid, ibubapa dan pihak PIBG SKK serta semua umat islam di seluruh negara.



Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Sekian terima kasih.

Jumaat, Julai 10, 2015

PROGRAM IHYA' RAMADHAN





 [ KLIK SINI LIHAT ALBUM ]

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

10 JULAI 2015 - Satu majlis program Ihya' Ramadhan di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Kemendor telah diadakan pada jam 7.10 pagi bertempat di perkarangan tapak perhimpunan. Program ini telah berlangsung bermula dari tarikh 18 Jun 2015 hingga 10 Julai 2015 dan menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh tersebut.

Matlamat :

Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan guru-guru betapa istimewanya bulan Ramadhan ini disamping dapat menambahkan amalan pahala.

Objektif :

- Mendidik murid cintakan Al-Quran
- Mengeratkan ukhwah antara seluruh warga sekolah
Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan
- Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri murid seperti para solihin
- Melahirkan murid yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Islam dan peristiwa di dalamnya.

Antara aktiviti sepanjang program Ihya' Ramadhan :

Tadarus Al-Quran ( 18 Jun - 9 Julai 2015 )
Program Khatam A-Quran ( 10 Julai 2015 )
Kutipan derma ( sepanjang Ramadhan )
Bacaan Yaasin ( setiap pagi Jumaat )
Sumbangan anak yatim ( 10 Julai 2015 )
Pertandingan mewarna dan kuiz ( 18 Jun - 9 Julai 2015 )

Pemenang Ihya' Ramadhan Tahun 2015



Sekian terima kasih

Rabu, Julai 01, 2015

PROGRAM HARI TERBUKA SKK 2015



Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 26 Jun 2015, SKK telah mengadakan program Hari Terbuka bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ibu bapa telah hadir ke sekolah untuk menandatangani kad laporan pelajar dan mengikuti perkembangan prestasi anak-anak dalam kelas. Sesi bertemu dengan guru kelas juga telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir untuk memberi kerjasama.

Sekian terima kasih.