INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Selasa, Mei 26, 2015

MARI DATANG BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM HARI KANTIN SK KEMENDOR 2015!



SK KEMENDOR AKAN MENGADAKAN PROGRAM HARI KANTIN BAGI TAHUN 2015 PADA : 

30 MEI 2015

BERSAMAAN 

HARI SABTU 

JAM 8.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

JADI MARI BERAMAI-RAMAI SERBU KE PROGRAM HARI KANTIN SK KEMENDOR.

ADA PELBAGAI AKTIVITI & JUALAN SERTA PERMAINAN.

ADA HADIAH - HADIAH YANG MENARIK MENANTI ANDA.

SENAMROBIK PUN ADA.

JOM MERIAHKAN PROGRAM HARI KANTIN KAMI.

MAJLIS PERPISAHAN GPK KO - KU , EN. JOHARI & PPM PRA SEKOLAH, PN. MARINA



En. Johari b. Osman telah berkhidmat di SKK selama 7 tahun ( 2009 - 2015 )



Pn. Marina bt. Mohd Yusof telah berkhidmat selama 13 tahun ( 2003 - 2015 )

KLIK SINI LIHAT ALBUM

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 22 Mei 2015, SK Kemendor telah mengadakan majlis perpisahan dua orang warga SKK yang akan berpindah, iaitu GPK Ko-kurikulum SKK, En. Johari b. Osman dan Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah SKK, Pn. Marina bt. Mohd Yusof.

En. Johari b. Osman berpindah ke SK Selandar dengan kenaikan pangkat sebagai GPK Hal Ehwal Murid dan Pn. Marina berpindah ke SK Nyalas.

 Kami warga SKK mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa, kerjasama, sumbangan dan khidmat kerja En. Johari b. Osman dan Pn. Marina bt. Mohd Yusof sepanjang berada di SK Kemendor. Semoga En. Johari b. Osman dan Pn. Marina lebih cemerlang dan bahagia di tempat bertugas yang baru. Selamat maju jaya dan terima kasih sekali lagi dari kami semua.

Sekian terima kasih.

Rabu, Mei 20, 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015











Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Sambutan hari guru berlangsung pada hari Isnin bersamaan 18 Mei 2015, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kemendor. Majlis dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Melaka Maju Negeriku Sayang, bacaan perutusan hari guru dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibaca oleh GPK 1, Pn. Rosyati b. Marzuki, bacaan ikrar guru diketuai Ustaz Ruzman b. Abd Wahab dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta ucapan dari YDP PIBG SK Kemendor, En. Omar b. Hj Tehe.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan untuk menyambut hari guru seperti perlawanan bolasepak bersama pelajar, sukaneka bagi guru perempuan dan aktiviti dewan seperti persembahan dan pertandingan dalam kumpulan yang telah diberi. Sambutan hari guru tamat pada jam 1 petang.

Terima kasih kepada YDP PIBG SK Kemendor, En. Omar b. Tehe yang sudi hadir dan semua guru yang hadir untuk menyambut dan meraikan sambutan hari guru pada tahun 2015.

Sekian terima kasih.

Sabtu, Mei 16, 2015

PERTANDINGAN DONDANG SAYANG SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA 2015





Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 14 Mei 2015, Pertandingan Dondang Sayang Sekolah Rendah Negeri Melaka 2015 telah diadakan di Dewan Felda Tun Ghafar Kemendor jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. SKK telah dilantik untuk mengelola pertandingan dondang sayang untuk tahun ini. Sebanyak 19 buah sekolah rendah negeri Melaka telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan dondang sayang ini bertemakan lima konsep iaitu, kasih sayang, hormat ibu bapa, berbudi bahasa, bersopan santun dan perpaduan. 

SKK telah menghantar wakil iaitu Maisarah bt. Husin dan Nur Aqilah bt. Idzham Hadi dalam pertandingan tersebut. Walaupun tiada tempat, mereka berjaya memberikan persembahan nyanyian dondang sayang dengan baik sekali dan ini memberikan mereka pengalaman untuk pertandingan akan datang.

Tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan dondang sayang yang berjaya membawa pulang trofi kemenangan yang telah disampaikan oleh En. Noor Azmi bin Ariffin, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan dondang sayang sekolah rendah negeri Melaka bagi tahun 2015 dengan baik dan berjalan dengan lancar.

Sekian terima kasih.


Video Nyanyian Dondang Sayang dari peserta SKK, Maisarah dan Nur Aqilah.


SELAMAT HARI GURU 2015



SELAMAT HARI GURU 2015
MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Selamat Hari Guru kepada semua guru dan bekas guru SK Kemendor serta semua guru di Malaysia 

Khamis, Mei 07, 2015

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS NEGERI MELAKA 2015


Kejohanan Bola Sepak MSS Negeri Melaka telah diadakan di SK Lesung Batu, Alor Gajah pada 5 hingga 7 Mei 2015. MSS Bola Sepak Jasin telah diundi dalam kumpulan A bersama pasukan Tanjung, Ayer Keroh dan Bukit Cina manakala kumpulan B pula, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Merlimau. 4 pasukan telah berjaya melayak diri ke separuh akhir iaitu, Ayer Keroh, Bukit Cina, Alor Gajah dan Merlimau. Perlawanan separuh akhir, tempat ketiga dan keempat serta akhir berlangsung pada 7 Mei 2015 hari khamis.

4 pelajar SK Kemendor telah terpilih mewakili pasukan bola sepak kawasan Jasin iaitu, Mohd Iskandar Shah, Muhamamd Asyraf, Muhammad Syamel Muadzam dan Muhammad Zaim Iqbal.

Keputusan penuh perlawanan :

Jasin vs Tanjung ( 1 - 1 )
Jasin vs Ayer Keroh ( 1 - 4 )
Jasin vs Bukit Cina ( 0 - 2 )

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berusaha walaupun tidak ada rezeki untuk ke peringkat seterusnya. Semoga pada tahun akan datang akan lebih bersemangat dan lebih baik untuk kejohanan tersebut.

Sekian terima kasih. 

BENGKEL DONDANG SAYANG 2015




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 29 April 2015, program Bengkel Dondang Sayang telah diadakan di Dewan Felda Kemendor jam 8.00 pagi - 2.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk mempelajari teknik mendendangkan dondang sayang dengan betul dengan diiringi muzik yang dimainkan. 
Dondang sayang merupakan hiburan masyarakat Melaka dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang disampaikan secara spontan oleh penyanyinya.
Sekolah-sekolah yang akan bertanding dalam pertandingan dondang sayang yang akan berlangsung pada 14 Mei 2015 terlibat dalam bengkel tersebut untuk membantu peserta-peserta yang akan bertanding.
Semoga bengkel ini dapat membantu peserta-peserta memperbaiki kelemahan dan membuat persediaan untuk pertandingan tersebut serta menanamkan minat terhadap hiburan dondang sayang.

Sekian terima kasih.

KLINIK UPSR ANAK-ANAK DUN RIM, JASIN 2015



Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 24 April 2015, satu Klinik UPSR Anak-Anak Dun Rim telah diadakan bertempat di makmal komputer SK Chohong jam 1.00 petang hingga 6.00 petang. Program ini bertujuan membantu meningkatkan motivasi kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR tahun 2015.

SKK telah menghantar 5 orang murid tahun 6 menyertai program tersebut. Perasmian penutup dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Ghazale bin Muhamad, ADUN Kawasan Rim.

Semoga program ini dapat meningkatkan lagi semangat dan usaha pelajar untuk berjaya pada tahun ini. Insha-Allah...

Sekian terima kasih

PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING SEKOLAH RENDAH KAWASAN JASIN 2015


Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 27 April 2015, Pertandingan Public Speaking Sekolah Rendah Kawasan Jasin telah diadakan di SJKC Pay Chiao yang telah dilantik oleh PPD Jasin untuk mengelola pertandingan tersebut. Sebanyak 18 buah sekolah kawasan Jasin terlibat telah menghantar peserta.

SKK telah menghantar seorang wakil iaitu, Amirah Husna binti Nor Azman untuk pertandingan tersebut dan mendapat tempat saguhati.

Tahniah dan terima kasih kepada Amirah Husna diatas usaha-usaha untuk melakukan yang terbaik dalam pertandingan tersebut.

Sekian terima kasih.