INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Sabtu, April 25, 2015

KEJOHANAN CATUR MSS PERINGKAT NEGERI MELAKA




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 21 - 22 April 2015, Kejohanan Catur MSS Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di dewan SK Jasin pada jam 8.00 pagi. SK Jasin telah dilantik untuk mengelola kejohanan tersebut.

Dua wakil peserta catur dari SKK telah dipilih untuk menyertai kejohanan tersebut mewakili sekolah rendah kawasan Jasin iaitu :

Nur Farshah Nabilah binti Arman - Johan bawah 12 perempuan peringkat kawasan Jasin
Ammar Rusyaidi bin Mohd Yusuf - Tempat ke-5 bawah 12 lelaki kawasan Jasin

2 peserta tersebut akan mengharungi 6 pusingan perlawanan yang berlangsung selama 2 hari. Selepas berakhirnya kejohanan tersebut, keputusan keseluruhan bagi 2 peserta dari SKK adalah :

Nur Farshah Nabilah binti Arman

Menang : 3
Seri : 1
Kalah : 2
Mata : 3.5

Kedudukan keseluruhan : Ke -10 kategori bawah 12 perempuan

Ammar Rusyaidi bin Abd Hassan

Menang : 2
Seri : 1
Kalah : 3
Mata : 2.5

Kedudukan keseluruhan : Ke-20 kategori bawah 12 lelaki

Tahniah dan terima kasih kepada Nur Farshah Nabilah dan Ammar Rusyaidi diatas usaha-usaha yang telah dilakukan. Semoga kejohanan tersebut dapat memberi serba sedikit pengalaman untuk kejohanan catur akan datang.

Sekian terima kasih



PROGRAM MEMBACA 1MALAYSIA



KLIK SINI LIHAT ALBUM

Assalamulaikum
Selamat sejahtera

Pada 23 April 2015, Program Membaca 1Malaysia telah diadakan selama 10 minit dari jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi bertempat di kantin sekolah. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Sekian terima kasih.

KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH MSS KAWASAN JASIN 2015



Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 21- 22 April 2015, Kejohanan Bola Jaring MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin telah diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di padang SK Kesang Tua. SK Kesang Tua telah dilantik untuk mengelola kejohanan tersebut.

Pasukan bola jaring SKK telah diundi dalam kumpulan A bersama SK Masjid Baru, SK Seri Machap dan SK Chohong. SKK telah berjaya menjadi naib johan kumpulan A dengan keputusan perlawanan :

PERINGKAT KUMPULAN

SK KEMENDOR ( 3 ) vs SK SERI MACHAP ( 13 )
SK KEMENDOR ( 11 ) vs SK MASJID BARU ( 1 )
SK KEMENDOR ( 15 ) vs SK CHOHONG ( 0 )

Selepas peringkat kumpulan, undian telah dibuat untuk peringkat suku akhir dimana johan kumpulan akan bertemu naib johan kumpulan. SKK telah diundi bertemu pasukan dari SK Selandar pada peringkat suku akhir. Keputusan perlawanan :

PERINGKAT SUKU AKHIR

SK KEMENDOR ( 2 ) vs SK SELANDAR ( 18 )

Pasukan bola jaring SKK tidak berjaya untuk melangkah ke peringkat separuh akhir apabila tewas kepada SK Selandar. 

Tahniah dan terima kasih kepada pasukan, jurulatih dan pengurus pasukan bola jaring SKK yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam latihan-latihan yang dibuat sehinggalah keperlawanan kejohanan tersebut. Tahun depan kita cuba lagi.. InshaAllah SKK boleh!

Di bawah adalah keputusan kejohanan :

JOHAN : SK KESANG TUA
NAIB JOHAN : SK SELANDAR
KETIGA : SK SERI MACHAP
KEEMPAT : SK AIR BARUK

Sekian terima kasih


Isnin, April 20, 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK KEMENDOR 2015







KLIK SINI LIHAT ALBUM

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 17 - 19 April 2015, Unit Kokurikulum SK Kemendor telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah bagi tahun 2015 di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Melaka dan jaraknya 30KM dari sekolah. Perkhemahan tersebut telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Seramai 84 orang murid tahap 2 telah menyertai perkhemahan tersebut.

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya melakukan aktiviti- aktiviti yang telah dirancang oleh fasilitator Kem Benteng Negara. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan :

HARI PERTAMA

1. Mendirikan khemah
2. Ice Breaking
3. Ceramah Motivasi
4. Aktiviti pertolongan cemas
5. Night Walk

HARI KEDUA

1. Malaysia cergas
2. Kembara berbasikal
3. Hidup kendiri
4. Water Confident
5. Kayak
6. Persembahan kumpulan

HARI KETIGA

1. Obstacle run
2. Menguji mental dan fizikal.
3. Menangkap ikan
4. Meruntuhkan khemah dan menbersihkan kawasan
5. Majlis penutup.

Perkhemahan Unit Beruniform SK Kemendor berakhir jam 12.30 petang.

Tahniah kepada murid-murid yang menyertai kerana berjaya menjalankan aktiviti dengan sangat baik. SKK berharap murid yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mempelajari sesuatu dalam setiap aktiviti yang telah dilakukan dan dapat menaikan lagi keyakinan diri pada setiap peserta.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat terutama kem komandan, En. Baktiee dan pembantunya yang berjaya menjalankan tugas-tugas yang diberikan dengan sangat baik.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ketua Jurulatih, Encik Karim Tumin dan pembantu - pembantunya yang telah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat yang selesa, aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan makanan-makanan yang dihidangkan dan lain-lain lagi.

Sekian terima kasih.


Blog Kem Benteng Negara

KEM BENTENG NEGARA


VIDEO

Persembahan Kumpulan



Tangkap ikan

KEJOHANAN CATUR MSS KAWASAN JASIN 2015




KLIK SINI LIHAT ALBUM


Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 16 April 2015, satu Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Rendah dan Menengah telah diadakan di Dewan SK Jasin pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. SJKT ( LDG ) Jasin Lalang telah dipilih untuk mengelola kejohanan tersebut.

SK Kemendor telah menghantar 6 orang peserta untuk menyertai kejohanan tersebut. Antaranya yang menyertai :

1. Ammar Rusyaidi   2. Mohd Noor Hafifiey   3. Farid Imran   4. Irfan Zuhairi

5. Nur Farshah Nabilah   6. Amirah Husna

Sebanyak 22 buah sekolah rendah telah menyertai kejohanan tersebut.

Peserta SKK iaitu Nur Farshah Nabilah telah berjaya menjadi Johan bagi kategori perempuan bawah 12 dengan memenangi kesemua 6 perlawanan ( pusingan ). Manakala Amira Husna berjaya menduduki tempat ke-10 dengan memenangi 4 perlawanan dan 2 kekalahan dari 6 perlawanan.

Bagi ketegori lelaki bawah 12, Ammar Rusyaidi berjaya menduduki tempat ke-5 dengan memenangi 5 perlawanan 1 kalah, Mohd Noor Hafifiey pula menduduki tempat ke-9 dengan memenangi 4 perlawanan, 2 kalah. Farid Imran memduduki tempat ke-14, 4 menang, 2 kalah dan Irfan Huzairi pula menduduki tempat ke-39, berjaya mencatat 2 menang, 1 seri, 3 kalah.

Tahniah kepada Nur Farshah Nabilah binti Arman yang berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Catur MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin bagi kategori perempuan bawah 12 dan tahniah kepada Ammar Rusyaidi bin Mohd Yusof yang berjaya mendapat tempat ke-5 bagi kategori lelaki bawah 12. Mereka berdua akan mewakili Kawasan Jasin di peringkat negeri yang akan berlangsung pada 21 dan 22 April 2015 di SK Jasin. 

Tahniah dan terima kasih kepada murid SKK yang mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut. Terima kasih juga kepada jurulatih yang banyak membantu peserta catur SKK dalam latihan-latihan yang telah dibuat.

Sekian terima kasih.


Kedudukan Kejohanan Catur MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin 2015





PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 & 2 PERINGKAT KAWASAN JASIN 2015



Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 16 April 2015, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 1 dan 2 Peringkat Kawasan Jasin 2015 telah diadakan di SK Nyalas. SK Nyalas telah dilantik sebagai pengelola bagi pertandingan tersebut.

SK Kemendor telah menghantar 2 orang murid untuk mewakili pertandingan tersebut. Mohd Nabil Syakirin b. Arman bagi kategori tahap 1 manakala Nur Aqilah bt. Idham Hadi bagi kategori tahap 2.

Mohd Nabil Syakirin berjaya mendapat tempat ke-7 dari 35 peserta, manakala Nur Aqilah pula tidak berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.

Tahniah dan terima kasih kepada Mohd Nabil Syakirin dan Nur Aqilah yang berani tampil untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita. Terima kasih juga kepada guru yang berusaha memberi tunjuk ajar kepada murid SKK yang mewakili sekolah.

Sekian terima kasih.

Isnin, April 13, 2015

MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT & CERAMAH MOTIVASI




Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 10 April 2015, satu Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi untuk murid tahun 6 telah diadakan jam 7 pagi hingga 9 pagi. Dimulakan dengan bacaan yaasin semua murid SKK di dataran perhimpunan, seterusnya solat hajat dan ceramah motivasi diadakan di Surau SKK untuk murid tahun 6 sahaja iaitu calon UPSR tahun 2015.

SKK telah menjemput Ustaz Salman bin Samad dari Sekolah Menengah Agama JAIM Chenderah untuk mengetuai bacaan yaasin, solat hajat dan memberi ceramah motivasi dalam majlis tersebut.

Objektif program ini adalah :
  • Membentuk sahsiah murid agar peka kepada peperiksaan UPSR yang akan menjelang tiba September ini. 
  • Memberi kesedaran kepada murid, bahawa betapa besarnya harapan ayah, ibu, guru dan sekolah agar mereka dapat meraih kejayaan yang lebih cemerlang. 
  • Bersedia, yakin boleh akan kecemerlangan diri sendiri.
Sekian terima kasih.

Jumaat, April 10, 2015

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSS KAWASAN JASIN 2015





KLIK SINI ALBUM KEJOHANAN


Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 7 hingga 9 April 2015, SK Kemendor telah dilantik untuk mengelola Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015 dan kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jasin, En. Julani bin Juri pada majlis penutup kejohanan tersebut. Kejohanan ini dapat berjalan dengan sangat baik selama 3 hari berlangsung.

20 buah pasukan dari sekolah-sekolah daerah Jasin terlibat dalam kejohanan ini. Peringkat kumpulan berlangsung selama 2 hari dari 7 hingga 8 April 2015. Manakala peringkat akhir kejohanan dan majlis perasmian penutup pada 9 April 2015.

Kejohanan tersebut dimenangi oleh SK Kesang Tua sebagai juara bagi edisi tahun 2015 dengan menewaskan SK Kemendor di perlawanan akhir melalui set penentuan sepakan penalti selepas mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan sebenar. SK Jasin pula berjaya memenangi tempat ketiga dengan menewaskan SK Air Baruk dengan keputusan jaringan 3-0.

Tahniah kepada pasukan SK Kemendor kerana berjaya ke peringkat perlawanan akhir walaupun tewas kepada SK Kesang Tua melalui sepakan penalti. Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada para pemain, pengurus dan jurulatih pasukan bola sepak SK Kemendor yang telah berusaha untuk mengharumkan nama SK Kemendor dalam kejohanan tersebut.

Terima kasih kepada VIP yang hadir ke majlis perasmian penutup kejohanan iaitu Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jasin, En. Julani b. Juri, Penyelia Sukan PPD Jasin, En. Md Noh b. Yusoff, YDP PIBG SK Kemendor, En. Umar b. Hj Tehe dan Pengerusi Teknik Bola Sepak Melaka, En Malek b. Md. Sam. 

Terima kasih juga kepada penyumbang kejohanan terutama Bank Rakyat Cawangan Jasin yang banyak membantu SK Kemendor sebagai pengelola dalam persiapan kejohanan. Terima kasih juga kepada para pengadil yang menjalankan tugas dengan baik.

Terima kasih juga kepada 20 pasukan, pengurus dan jurulatih yang memberi kerjasama untuk kejohanan tersebut. Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Sekian terima kasih.


JOHAN : SK KESANG TUA
NAIB JOHAN : SK KEMENDOR
KETIGA : SK JASIN
KEEMPAT : SK AIR BARUK

Keputusan Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015

PUSINGAN AWAL


PUSINGAN AKHIR

Selasa, April 07, 2015

KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 MSS KAWASAN JASIN 2015






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 6 April 2015, Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015 kategori lelaki dan perempuan telah diadakan di SK Selandar pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. 

SK Selandar telah dilantik untuk mengelola kejohanan tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada SK Selandar yang mengelola kejohanan tersebut dengan jayanya.

SKK telah menghantar pasukan bola tampar bagi kategori perempuan sahaja dan ini merupakan kali pertama SKK menghantar wakil dalam kejohanan tersebut. Pasukan bola tampar SKK telah dilatih oleh Cikgu Mohd Noor dan Ustazah Siti Arnida yang banyak berusaha melatih pasukan dalam latihan-latihan yang telah dibuat.

Pasukan bola tampar SKK telah diundi dalam kumpulan A bersama SK Tehel dan SK Ayer Merbau.
Pasukan SKK berjaya melepasi peringkat kumpulan dan berjumpa SK Chenderah di peringkat separuh akhir dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dengan menewaskan SK Chenderah. Pada peringkat akhir, pasukan bola tampar SKK tewas tipis kepada SK Tehel.

Tahniah dan terima kasih kepada pengurus pasukan, jurulatih dan pasukan bola tampar SKK yang berjaya menduduki tempat ke-2 bagi kategori perempuan bawah 12 dalam kejohanan tersebut. Tahniah sekali lagi diatas usaha-usaha yang dilakukan. Semoga tahun depan SKK terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum.

Sekian terima kasih.


LELAKI BAWAH 12

JOHAN : SK SELANDAR
NAIB JOHAN : SK MASJID BARU
KETIGA : SK CHENDERAH
KEEMPAT : SK KESANG TUA


PEREMPUAN BAWAH 12

JOHAN : SK TEHEL
NAIB JOHAN : SK KEMENDOR
KETIGA : SK CHENDERAH
KEEMPAT : SK JUS


Di bawah adalah keputusan perlawanan Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015

LELAKI BAWAH 12

PERINGKAT KUMPULAN



SEPARUH AKHIR & AKHIR




PEREMPUAN BAWAH 12

PERINGKAT KUMPULAN



SEPARUH AKHIR & AKHIR