INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Ahad, Mac 29, 2015

JADUAL PERLAWANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSS KAWASAN JASIN 2015





Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Jadual perlawanan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSS Kawasan Jasin 2015 boleh di muat turun pada link di bawah :


Sekian terima kasih.

Sabtu, Mac 28, 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK MSS KAWASAN JASIN 2015





[ KLIK SINI LIHAT ALBUM ]

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 28 Mac 2015, SKK telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin di padang SK Kemendor pada jam 8.00 pagi. Pasukan bola sepak SKK telah menjemput 4 pasukan dari SK SK Bukit Senggeh, SK Seri Lanang, SK Seri Machap dan SK Bukit Rambai ( Melaka Tengah ) untuk menjayakan perlawanan persahabatan tersebut.

Antara keputusan perlawanan persahabatan adalah :

SK KEMENDOR VS SK SERI MACHAP ( 4 - 0 )

SK SRI LANANG VS SK BUKIT SENGGEH ( 4 - 0 )

SK BUKIT RAMBAI VS SK SERI MACHAP ( 4 - 0 )

SK KEMENDOR VS SK SRI LANANG ( 4 - 1 )

SK BUKIT SENGGEH VS SK BUKIT RAMBAI ( 0 - 4 )

SK BUKIT RAMBAI VS SK SRI LANANG ( 8 - 0 )

SK KEMENDOR VS SK BUKIT RAMBAI ( 0 - 3 )

Tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah yang berjaya memenangi 2 dari 3 perlawanan. Harap dapat mengekalkan momentum kemenangan hingga berakhirnya kejohanan bola sepak MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin yang akan diadakan tidak lama lagi. Semoga perlawanan persahabatan tersebut dapat memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan sebelum bermulanya kejohanan nanti. Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang sudi hadir untuk menyertai dan menjayakan perlawanan persahabatan tersebut.

Sekian terima kasih.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41/ 2015






[ KLIK SINI LIHAT ALBUM ]

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 26 MAC 2015 SK Kemendor - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 41 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid 2014 telah diadakan dengan jayanya di Balai Raya Felda Kemendor  pada jam 2.30 petang. 

Majlis telah berlangsung dengan meriah dan dirasmikan oleh Encik Jezlee bin Pit, Penghulu DUN Rim yang mewakili YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad, ADUN Kawasan Rim yang tidak dapat hadir. Majlis  turut diselitkan dengan cabutan bertuah.

Terima kasih kepada jemputan VIP dan Ibu Bapa yang sudi hadir untuk menjayakan majlis tersebut.

Sekian terima kasih

Isnin, Mac 16, 2015

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH KAWASAN JASIN 2015


Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 12 Mac 2015, satu Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Kawasan Jasin telah diadakan di SK Tehel yang telah dilantik oleh PPD Jasin untuk mengelola Pertandingan Koakademik Kesenian bagi tahun 2015. Sebanyak 24 buah sekolah menyertai pertandingan tersebut.

SKK telah menghantar seorang wakil penyanyi solo iaitu Adriana Batrisyia binti Abd. Malek yang berani membawa lagu Alyah bertajuk Sesal Separuh Nyawa. Usaha-usaha yang telah dilakukan dalam latihan yang dilatih oleh Cikgu Rohaizah akhirnya berjaya mendapat kedudukan tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut yang dimenangi penyanyi solo dari SK Air Baruk. Penyanyi solo yang memenangi tempat pertama dan kedua akan mewakili Jasin ke peringkat negeri.

Tahniah diucapkan kepada Adriana Batrisyia dan Cikgu Rohaizah di atas kejayaan tersebut. Semoga latihan dapat diteruskan dan membaiki kelemahan yang ada sebelum bermulanya pertandingan nyanyian solo peringkat negeri yang akan diadakan nanti. Insha-Allah Adriana Batrisyia boleh melakukan yang terbaik.

Sekian terima kasih.


Video nyanyian solo

Lagu : Sesal Separuh Nyawa.


Maaf ye.. lagu pun separuh jee.. Maklum lah tajuk lagu pun Sesal Separuh Nyawa. hehehe.

Rabu, Mac 11, 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK & BOLA JARING MSS KAWASAN JASIN 2015


Perlawanan persahabatan bola sepak


Perlawanan persahabatan bola jaring

[ KLIK SINI LIHAT GAMBAR ]


Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 10 Mac 2015, SKK telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin di padang SK Kemendor pada jam 3.00 petang. Pasukan bola sepak SKK telah menjemput 2 pasukan dari SK SK Masjid Baru dan SK Chin Chin manakala pasukan bola jaring pula menjemput 3 pasukan dari SK Chabau, SK Masjid Baru dan SK Chin Chin untuk menjayakan perlawanan persahabatan tersebut.

Pasukan bola sepak dan bola jaring SKK yang dilatih oleh Cikgu Arman dan Ustazah Siti Arnida telah berjaya mencatat kemenangan pada setiap perlawanan. Antara keputusan perlawanan persahabatan adalah :

BOLA SEPAK

SK Kemendor vs SK Masjid Baru ( 4 - 0 )
SK Masjid Baru vs SK Chin Chin ( 1 - 1 )
SK Chin Chin vs SK Kemendor ( 1 - 6 )


BOLA JARING

SK Kemendor vs SK Chabau ( 17 - 1 )
SK Chin Chin vs SK Masjid Baru ( 7 - 1 )
SK Chin Chin vs SK Kemendor ( 2 - 8 )
SK Chabau vs SK Masjid Baru ( 12 - 1 )
SK Kemendor vs SK Chin Chin ( 7 - 1 )

* SK Kemendor bertemu SK Chin Chin 2 kali.

Tahniah kepada pasukan bola sepak dan bola jaring sekolah yang berjaya memenangi setiap perlawanan. Harap dapat mengekalkan momentum kemenangan hingga berakhirnya ejohanan bola sepak dan kejohanan bola jaring MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin yang akan diadakan tidak lama lagi. Semoga perlawanan persahabatan tersebut dapat memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan sebelum bermulanya kejohanan nanti. Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang sudi hadir untuk menyertai dan menjayakan perlawanan persahabatan tersebut.

Sekian terima kasih.

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN BOLA SEPAK MSS SR KAW. JASIN 2015



Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 9 Mac 2015, satu mesyuarat pengurus-pengurus pasukan bola sepak MSS Sekolah Rendah kawasan Jasin telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Makmal Komputer SKK. Seramai 20 orang pengurus pasukan yang hadir untuk menjayakan mesyuarat kejohanan tersebut.

Antara agenda mesyuarat kejohanan tersebut adalah ucapan Pengerusi, penetapan tarikh dan tempat kejohanan, taklimat kejohanan oleh Pengerusi Teknik kawasan, taklimat kejohanan oleh Pengerusi Pengadil kawasan dan undian kumpulan. Mesyuarat kejohanan tersebut berakhir jam 5.00 petang.

Terima kasih kepada pengurus-pengurus pasukan yang hadir dan guru-guru SKK yang terlibat dalam mesyuarat tersebut untuk menjayakan Kejohanan Bola Sepak MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin bagi tahun 2015 yang akan diadakan bulan April nanti.

Sekian terima kasih.


Tarikh Kejohanan : 7,8 dan 9 April 2015
Pengelola : SK Kemendor
Venue Perlawanan : Padang SK Kemendor

o  9 Sebelah ( 12 orang pemain )
o Saiz padang 70mX50m ( 2 padang )
o Menggunakan tiang gol besar


Senarai undian kumpulan Kejohanan Bola Sepak MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin 2015

Sabtu, Mac 07, 2015

BORANG - BORANG KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS SR KAW. JASIN 2015

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Borang-borang untuk Kejohanan Bola Sepak MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin 2015 boleh di muat turun pada link di bawah.

*Ralat borang R01, R02 & R03

Sekian, terima kasih.

Jumaat, Mac 06, 2015

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSS KAWASAN JASIN 2015





KLIK SINI LIHAT GAMBAR ]

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Kejohanan Balapan & Padang MSS Peringkat Kawasan Jasin Kali Ke-40 tahun 2015 telah berjaya berlangsung di stadium UTeM dari 3 hingga 5 Mac 2015. Hasil kerjasama daripada gabungan tenaga padu 3 buah sekolah iaitu SMK Dato Bendahara, SK Air Baruk dan SJKT Jasin.

SKK telah menghantar 26 orang murid untuk mewakili sekolah dalam acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. Selama 3 hari berlangsung SKK berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa dan secara keseluruhan SKK berjaya menduduki tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Jasin yang dimenangi oleh SK Masjid Baru.

Tahniah dan terima kasih kepada kesemua murid SKK yang mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut diatas kejayaan-kejayaan yang dimenangi dan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memenangi acara yang dipertandingkan. Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat dalam kejohanan tersebut yang telah berusaha bersungguh-sungguh memberi latihan kepada peserta SKK. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan dan lebih baik pada kejohanan yang akan datang.

Sekian terima kasih.

Di bawah adalah senarai acara dan peserta yang berjaya membawa pingat.

PINGAT EMAS

Lompat Jauh L12 - Muhammad Asyraf b Shamsudin

 4x200 m L12 - Ahmad Naeiman b. Ahmad Tajudin
                                  - Muhammad Syameel Muadzam b Othman
                        - Muhammad Zulfadhli b. Mohd Sibe
- Aizudin b Aminudin
         - Ahmad Rafiuddin b. Rosli
                    - Muhammad Asyraf b Shamsudin

PINGAT PERAK

100 m L12 - Muhammad Asyraf b Shamsudin

200 m L12 - Muhammad Asyraf b Shamsudin

PINGAT GANGSA

Lompat Jauh P10 - Rabiatul Aisyah bt Razak

Lontar Peluru P10 - Saffa Syahirah bt Amri

Isnin, Mac 02, 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SKK 2015





 [ KLIK SINI LIHAT GAMBAR ]

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 2 Mac 2015, SKK telah melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid. Program NILAM yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap dan tabiat membaca tersebut melibatkan beberapa komponen seperti aktiviti-aktiviti galakan membaca, penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian dan mencukupi, serta mempelbagaikan masa dan ruang untuk membaca dalam pelbagai situasi dan lokasi.

Program NILAM di peringkat sekolah diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKK.               Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Sekian terima kasih.