INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Jumaat, Februari 27, 2015

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSSR KAWASAN JASIN 2015

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini SK Kemendor telah diberi tanggungjawab untuk mengelola Kejohanan Bola Sepak MSSSR Kawasan Jasin bagi tahun 2015. Kejohanan tersebut akan diadakan di padang SK Kemendor. 
SKK akan mengadakan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan untuk Kejohanan Bola Sepak MSSSR Kawasan Jasin 2015 pada :

Tarikh : 9 Mac 2015 ( Isnin )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Komputer, SK Kemendor

Format Kejohanan Bola Sepak MSSSR Kawasan Jasin bagi tahun 2015 :

9 Sebelah ( 12 orang pemain )
Saiz padang : 70 x 50
Menggunakan tiang gol besar. 

Sekian terima kasih.

DOWNLOAD
Surat Mesyuarat

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SKK 2015


Assalamualaikum
Selamat sejahtera

SKK akan mengadakan satu Majlis Pelancaran Program Nilam bagi tahun 2015 pada :

Tarikh : 2 Mac 2015
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran perhimpunan SKK


LATIHAN BALAPAN & PADANG SKK.



Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 24 - 25 Februari 2015, SKK telah mengadakan latihan terakhir olahraga balapan dan padang pada jam 3.00 petang di padang SKK. Latihan tersebut dikendalikan oleh Cikgu Ruzman, Cikgu Pravindan & Cikgu Mohd Noor.
Latihan yang telah dilakukan untuk persediaan peserta-peserta yang akan mewakili sekolah dalam Kejohanan Balapan & Padang MSS Kawasan Jasin Kali Ke-40 2015 pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan :

Tarikh : 3, 4 dan 5 Mac 2015 ( Selasa, Rabu & Khamis )
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Stadium Utem, Durian Tunggal, Melaka. 

SMK Dato Bendahara, SK Air Baruk dan SJKT Jasin dipertanggungjawabkan untuk mengelola kejohanan tersebut.
Semoga murid SKK yang mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut beroleh kejayaan. Insha-Allah.

Sekian terima kasih.

Rabu, Februari 18, 2015

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015


Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Dikesempatan ini, kami warga SK Kemendor ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang beragama Buddha.
Teruskan amalan ziarah menziarahi antara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dan berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Sekian terima kasih.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKK 2015





KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR ]

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 17 Februari 2015, SKK telah mengadakan satu Kejohanan Merentas Desa SK Kemendor bagi tahun 2015 pada jam 2.30 petang. Sebelum kejohanan tersebut dimulakan, sesi taklimat kepada murid-murid dan guru-guru serta sesi memanaskan badan telah diadakan. Guru-guru bergerak mengambil bahagian tugas-tugas yang telah ditetapkan dan murid-murid dilepaskan mengikut kelas masing-masing. 
SKK telah menyediakan dua laluan merentas desa iaitu untuk laluan tahap 1 ( prasekolah, darjah 1,2&3) dan laluan tahap 2 ( darjah 4,5 & 6 ). Setiap murid wajib melalui check point yang ditetapkan sehingga ke garisan penamat. Pemenang pertama hingga 10 layak menerima markah mengikut tahun ( tahun 1- 6 ) dan kategori dibahagikan kepada 2 iaitu lelaki dan perempuan. Markah tersebut akan dikumpulkan mengikut rumah sukan masing-masing dan akan dibawa ke kejohanan sukan sekolah yang akan datang.
Terima kasih kepada guru,staf dan pekerja sekolah yang terlibat memberi kerjasama menjayakan kejohanan tersebut. Terima kasih juga kepada ibubapa yang hadir untuk memberi sokongan.
Sekian terima kasih.

PENYAMPAIAN SIJIL & PINGAT SEPAK TAKRAW & MERENTAS DESA MSS SEKOLAH RENDAH KAW. JASIN





Assalamuaikum
Selamat Sejahtera

Pada 16 Februari 2015, penyampaian sijil dan pingat kepada murid yang telah mewakili SK Kemendor dalam Kejohanan Sepak Takraw dan Kejohanan Merentas Desa di peringkat MSS Sekolah Rendah Kawasan Jasin telah diadakan. Penyampaian sijil dan pingat disampaikan oleh Pn Hjh Hamidah bt Md Yussuf, Guru Besar SK Kemendor.
Tahniah kepada pasukan sepak takraw sekolah yang berjaya menduduki tempat ke-4 dalam kejohanan sepak takraw dan tahniah juga kepada murid yang mewakili sekolah dalam kejohanan merentas desa yang berlangsung pada hari sabtu, 14 Februari 2015 tempoh hari.
Sekian terima kasih.


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA & PENOLONG DARJAH TAHUN 2015








Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 16 Februari 2015, satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Darjah telah diadakan di dataran perhimpunan SK Kemendor. Majlis ini dirasmikan oleh Sarjan Mejar Samsudin b. Abu Hashim, pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.
Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar SK Kemendor, Pn Hjh Hamidah bt Md Yussuf diikuti ucapan dan perasmian oleh Sarjan Mejar Samsudin b. Abu Hashim. Seterusnya penyampaian watikah disampaikan kepada ketua dan penolong darjah, pengawas pusat sumber dan pengawas sekolah. Diakhiri dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas dan penyampaian cendaramata kepada Sarjan Mejar Samsudin b Abu Hashim.
SK Kemendor mengharapkan pegawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong darjah SK Kemendor dapat melaksanakan tanggungjawab dalam tugas-tugas yang diberikan dengan sebaik-baiknya.  
Sekian terima kasih.

Rabu, Februari 11, 2015

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSSR KAWASAN JASIN 2015






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 9-10 Januari 2015, satu Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Jasin tahun 2015 telah diadakan di Dewan Tok Senara Pejabat Tanah Jasin, Melaka. SK Chin Chin sebagai sekolah pengelola untuk kejohanan tersebut. Sebanyak 18 pasukan telah menyertai untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.
Setelah sekian lama tidak menyertai kejohanan tersebut, tetapi pada tahun ini SK Kemendor telah menghantar satu pasukan sepak takraw yang dikendalikan oleh Cikgu Nurul Syuhada dan Cikgu Izham untuk bersaing dalam kejohanan tersebut. 
Pasukan Sepak Takraw SKK berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan menduduki tangga ke-2 iaitu naib johan kumpulan B. Mencatat 3 kemenangan bertemu pasukan SK Bukit Senggeh,SK Sri Lanang dan SK Jus (B) dan pasukan SKK tewas dengan pasukan SK Selandar (B). Keputusan perlawanan seperti gambar di bawah. 

SK Kemendor diletakkan di dalam kumpulan B
Pasukan SKK bertemu pasukan SK Selandar ( A ) pada peringkat suku akhir yang berlangsung pada 10 Januari 2015 jam 10 pagi dan Pasukan SKK telah berjaya mencatat kemenangan dalam straight set.Pada peringkat separuh akhir pula, pasukan SKK bertemu dengan pasukan SK Chenderah. Pasukan SKK tewas dalam perlawanan tersebut. Pasukan SKK dan pasukan SK Chabau akan merebut tempat ke-3&4. Keputusan perlawanan tersebut tidak memihak kepada pasukan SKK dan hanya berjaya menduduki kedudukan tempat ke-4 dalam kejohanan. Ini merupakan satu kejayaan juga pada pasukan SKK yang sekian lama tidak menghantar pasukan di dalam kejohanan sepak takraw MSSSR Kawasan Jasin.
Tahniah kepada pasukan sepak takraw SKK dan jurulatih, Cikgu Nurul Syuhada dan Cikgu Izham yang sudah bekerja keras untuk pasukan sekolah dan mengharapkan dapat meneruskan usaha untuk membawa kejayaan sepak takraw SK Kemendor. Insya-Allah..


Keputusan Kejohanan Sepak Takraw MSSSR Kawasan Jasin 2015


Sekian terima kasih..

* hmm.. panjang pula admin post blog kali ni. =P

Isnin, Februari 09, 2015

MAJLIS PERSARAAN TN. HJ. HASHIM & PERPISAHAN PN. ZAINUR AFIZAH & EN.NORDIN





Asalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 6 Februari 2015, SKK telah mengadakan satu Majlis Persaraan Tn. Hj. Hashim & Perpisahan Pn. Zainur Afizah & En. Nordin pada jam 3.00 - 6.00 petang bertempat di Hotel Sentral Riverview, Melaka. 
Tn. Hj. Hashim b Harun iaitu mantan GPK 1 SKK telah bersara pada awal tahun ini, manakala Puan Zainur Afizah bt Ibrahim berpindah ke SK Air Baruk pada bulan januari dan En. Nordin b. Abdullah berpindah ke SK Selandar pada awal bulan februari.
Majlis tersebut berjalan dengan lancar walaupun tanpa kehadiran yang diraikan iaitu En.Nordin b Abdullah yang tidak dapat menghadirkan diri di atas sebab-sebab tertentu.
Sama-samalah kita doakan semoga mereka berjaya dalam kehidupan dan kerjaya serta dimurahkan rezeki...Insha-Allah.
Sekian terima kasih.

Jumaat, Februari 06, 2015

LAWATAN PENANDA ARAS KAMAR SELESA SK MERLIMAU DUA






Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 5 Februari 2015, SK Kemendor telah mengadakan satu sesi lawatan penanda aras kamar selesa di SK Merlimau Dua. Lawatan ini disertai oleh 7 orang yang diketuai Guru Besar SK Kemendor Pn. Hjh Hamidah bt Md Yussuf.
Rombongan ini tiba lebih kurang jam 3.10 petang. Rombongan ini dibawa ke bilik gerakan SKMD untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh En. Hanafi b. Abdullah, GPK HEM SKMD. Setelah sesi taklimat, rombongan ini dibawa ke tandas bersih atau dikenali sebagai Kamar Selesa SKMD. 
Kamar Selesa SKMD merupakan johan dalam Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Negeri Melaka tahun 2014 dan pernah menjadi johan pada tahun 2012. Setelah melihat kamar selesa SKMD, sememangnya kamar selesa SKMD layak dinobatkan johan dalam pertandingan tersebut.
Lawatan penanda aras ini lebih berfokus kepada cara pelaksanaan dan penjagaan kebersihan tandas yang telah dijalankan di SKMD.Semoga lawatan penanda aras ini dapat membantu pihak SK Kemendor mencapai objektif yang diinginkan.  
Pihak SK Kemendor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Merlimau Dua yang mengalu-alukan kedatangan pihak SK Kemendor untuk membuat lawatan penanda aras Kamar Selesa SK Merlimau Dua.

Sekian terima kasih.

Khamis, Februari 05, 2015

CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN





Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 5 Februari 2015, satu ceramah kesihatan pergigian telah diadakan di Kantin SK Kemendor. Ceramah ini adalah anjuran dari Pusat Kesihatan Pergigian Jasin, Melaka. 
Program ini melibatkan semua murid SK Kemendor dan telah berlangsung selama 1 jam bermula 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Diharapkan program ini akan mampu memberi kesedaran kepada murid SK Kemendor tentang pentingnya penjagaan gigi dikalangan murid sekolah ini.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Kesihatan Pergigian Jasin diatas ceramah yang diberikan kepada murid-murid SK Kemendor.
Sekian terima kasih.