INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Sabtu, Januari 31, 2015

LATIHAN SUKAN SEKOLAH


OLAHRAGA
Dilatih oleh Ustaz Ruzman &
Cikgu Pravindan
VOLLEYBALL
Dilatih oleh Cikgu Mohd Noor


CATUR
Dilatih oleh Cikgu Johari ( GPK Ko-Ku )

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 31 Januari 2015 hari Sabtu, AJK Ko-kurikulum SKK telah mengadakan latihan dan pemilihan pemain dalam sukan seperti olahraga, bola tampar dan catur untuk mewakili sekolah dalam kejohanan yang akan diadakan. Ini merupakan persediaan awal sekolah dalam bidang sukan sebelum menghadapi kejohanan. Sama-sama kita doakan diatas usaha-usaha mereka lakukan agar mendapat kejayaan. Insha-Allah...
Sekian terima kasih.


MAJULAH SUKAN UNTUK SKK!!!
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!

Jumaat, Januari 30, 2015

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZAINUR AFIZAH & CIKGU NORDIN






Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Pada 30 Januari 2015 hari Jumaat, SKK telah mengadakan majlis perpisahan 2 orang guru iaitu Cikgu Zainur Afizah bt Ibrahim dan Cikgu Nordin b Abdullah. Majlis ini untuk mengenang jasa dan bakti Cikgu Zainur Afizah dan Cikgu Nordin selama berkhidmat di SKK. Cikgu Zainur Afizah yang dikenali sebagai Cikgu Nora di SKK telah berpindah ke SK Air Baruk, Jasin pada awal bulan 1 manakala Cikgu Nordin akan berpindah ke SK Selandar, Jasin pada awal bulan Februari nanti.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka dan semoga berjaya berkhidmat sebagai tenaga pengajar di tempat yang baru. 

Sekalung Budi diucapkan dan Selamat Maju Jaya
TERIMA KASIH CIKGU

Sedikit pantun untuk Cikgu Zainur Afizah & Cikgu Nordin


DARI TUNGKAL PERGI SIANTAN
SINGGAH BERLABUH DI KUALA MARAS
SELAMAT TINGGAL HANDAI DAN TOLAN
KITA BERPISAH KARENA TUGAS.
KALAU TIDAK KARENA UNGGAS
TIDAKLAH RUSAK PADI DISAWAH,
KALAULAH TIDAK KARENA TUGAS
TIDAKLAH KITA AKAN BERPISAH.
TANJUNG SAUH DI PULAU BINTAN
TEMPAT BERLABUH ORANG PENYENGAT.
BERPISAH JAUH BERCERAI BADAN
SAHABAT HANDAI TETAP KUINGAT
GUNUNG BINTAN LEKUK DITENGAH
SAYANG PENYENGAT KUBUNYA TIGA.
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH.
BUDI KUSANJUNG KUINGAT JUGA.
BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.
KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG
BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
KALAU LAH ADA UMUR PANJANG
INSYA ALLAH KITA KAN BERJUMPA LAGI.

Sekian Terima kasih...

PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 & MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2015









Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Pada 29 Januari 2015, masa 2.30 - 5.00 petang, SKK mengadakan program Perjumpaan Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 6 dan Motivasi Keibubapaan yang bertempat di makmal komputer SKK. Tujuan program ini adalah dapat mewujudkan hubungan baik antara ibubapa/penjaga murid dengan tenaga pengajar Tahun 6 dalam usaha meningkatkan kuantiti dan kualiti UPSR dan membentangkan program anjuran sekolah demi Kecemerlangan Akademik UPSR 2015. 
Antara program yang dijalankan seperti pembentangan Program Kecemerlangan Akademik UPSR 2015 yang disampaikan oleh Guru Besar SKK, Pn. Hjh Hamidah bt Md Yussuf dan Ceramah Motivasi Keibubapaan oleh Ustaz Zakaria bin Hashim yang dijemput hadir dari Felda Wilayah Alor Setar, Kedah. Program ini juga dihadiri Pengerusi PIBG SKK, En. Omar b. Tehe.
Pihak SKK mengucapkan terima kasih kepada penceramah, Ustaz Zakaria bin Hashim, ibubapa/penjaga murid tahun 6 yang sudi hadir memberi kerjasama untuk menjayakan program ini dan mengharapkan program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Sekian terima kasih.

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015








Assalamualaikum
Salam sejahtera

Pada 29 Januari 2015, SKK telah mengadakan program Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 bagi tahun 2015 kepada semua murid-murid SKK. Ibubapa atau penjaga diminta hadir untuk mengambil bantuan khas tersebut. Pihak SKK mengharapkan bantuan khas yang diberikan dapat digunakan sebaik-sebaiknya untuk persekolahan anak-anak. Kami mengucapkan terima kasih kepada ibubapa/penjaga kerana hadir dan memberi kerjasama.
Sekian terima kasih.

SELAMAT DATANG EN. BAKTIEE



EN. BAKTIEE BIN WAHID
GURU PEMULIHAN KHAS
SK KEMENDOR

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Warga SKK mengalu-alukan kehadiran guru Pemulihan Khas yang baru iaitu Encik Baktiee bin Wahid sebagai warga baru SKK yang datang melaporkan diri sebagai tenaga pengajar. Beliau menggantikan Cikgu Abed bin Md Deh yang sudah bersara pada tahun lepas. Sebelum ini beliau berkhidmat di SK Batang Melaka.
Kami mengalu-alukan kedatangan En. Baktiee dan berharap bersama-sama memegang tanggungjawab memajukan anak didik SKK. Semoga Allah SWT mempermudahkan semua usaha yang kita lakukan demi kejayaan murid-murid.

Rabu, Januari 28, 2015

KEJOHANAN BOLA BALING MSSSR KAWASAN JASIN 2015






Gambar sepanjang kejohanan berlangsung ( 26 - 27 Januari 2015 )

Album Kejohanan Bola Baling MSSSR


Assalamulaikum
Salam sejahtera

Tahniah kepada pasukan bola baling SKK yang mendapat kedudukan yang baik dalam Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kawasan Jasin Tahun 2015. Pasukan bola baling SKK
( Lelaki ) mendapat tempat ke-4 manakala pasukan bola baling SKK ( Perempuan ) mendapat tempat ke-3. Pasukan bola baling SKK telah berusaha melakukan yang terbaik dan bertungkus lumus untuk memenangi pada setiap perlawanan dan tuah tidak memihak pada pasukan SKK untuk memenangi perlawanan pada peringkat separuh akhir. Tewas kepada lawan masing-masing.
Dapat melayakkan diri ke separuh akhir sudah cukup baik buat pasukan bola baling SKK. Cuba lagi tahun depan untuk menjadi juara dalam kejohanan bola baling.

Terima kasih kepada pemain-pemain yang mewakili sekolah. Anda sudah berusaha yang terbaik.
Terima kasih kepada jurulatih, cikgu Yusni Salami dan cikgu Arman Ahmad yang bertungkus lumus memberi latihan kepada pemain-pemain dari segi teknikal, taktikal, mental dan kecergasan setiap pemain.
Terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama dan sokongan kepada pasukan bola baling sekolah.
Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang terus memberi sokongan dan doa kejayaan kepada pasukan SKK.

SK Kemendor Boleh !!!!


Antara keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan SK Kemendor :

LELAKI



PEREMPUAN




Selasa, Januari 27, 2015

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 & MOTIVASI KEIBUBAPAAN


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Sekolah akan mengadakan Program Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 dan motivasi keibubapaan seperti berikut :

Tarikh : 29 Januari 2015
Hari : Khamis
Masa : 2.15 - 5.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer SK Kemendor

Diharapkan ibu bapa/penjaga murid tahun 6 dapat hadir seperti tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan dan dapat memberi kerjasama untuk menjayakan program tersebut.
Terima kasih.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan sekolah akan mengadakan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi tahun 2015 seperti berikut :

Tarikh : 29 Januari 2015
Hari : Khamis
Masa : 12.00 - 1.00 Petang
Tempat : SK Kemendor

Ibu bapa atau penjaga adalah WAJIB hadir untuk menerima dan menandatangani borang penerimaan berikut.

Sila bawa kad pengenalan ibu bapa / penjaga.

Diharapkan pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama untuk hadir mengikut tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.
Terima kasih.

Jumaat, Januari 23, 2015

KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN JASIN 2015

Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Jasin Tahun 2015 diadakan seperti berikut :

Tarikh : 26 Januari 2015
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Tarikh : 27 Januari 2015
Masa : 2.00 - 5.00 Petang

Tempat : Padang SK Seri Machap


Jadual-jadual perlawanan seperti di bawah :

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan
Jadual perlawanan SKK berwarna hijau

Jadual Perlawanan 2
Mana yang menyokong pasukan SKK dijemput hadir untuk memberi sokongan. Sokongan anda diperlukan.

PERLAWANAN PERSAHABATAN KE-2 BOLA BALING


PASUKAN BOLA BALING LELAKI

PASUKAN BOLA BALING PEREMPUAN



Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Pada 22 Januari 2015. pasukan bola baling SKK telah mengadakan perlawanan persahabatan kali ke-2 jam 3.00 petang di padang SKK. Pasukan bola baling SKK menjemput 3 buah sekolah untuk menyertai perlawanan iaitu SK Air Baruk, SK Batang Melaka dan SJK(T) Jasin. 

Pihak SKK mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang menyertai perlawanan persahabatan bola baling. Semoga perlawanan persahabatan yang diadakan dapat menyambungkan ikatan silaturrahim antara pasukan-pasukan yang mewakili sekolah masing-masing dan dapat meningkatkan lagi persediaaan pada pasukan sebelum menghadapi Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah 2015 bagi kawasan Jasin yang akan diadakan pada 26 - 27 Januari 2015 di SK Seri Machap.

Ini merupakan persiapan terakhir bagi pasukan bola baling SKK di bawah kendalian Cikgu Yusni dan Cikgu Arman sebelum menghadapi kejohanan. SKK mengharapkan pasukan bola baling sekolah dapat melakukan yang terbaik, berjuang habis-habisan, bergerak sebagai 1 pasukan dan berani hadapi segala cabaran demi mengharumkan nama sekolah. 

Cmon!!! 
U can do it!!!
Aumm! Aumm! Aummmmmh!
^-^