INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Jumaat, Februari 25, 2011

Merentas Desa 2011


Pertandingan Merentas Desa antara rumah sukan telah diadakan pada 1 Februari lalu. Semua murid telah menyertai pertandingan tersebut. Rumah Biru telah mendapat kutipan mata tertinggi iaitu 157, diikuti oleh rumah hijau 113, rumah merah 90 mata dan 82 mata oleh rumah kuning. Tahniah Rumah Biru!

Khamis, Februari 24, 2011

BOLA SEPAK MSSM B12 KWS JASIN




TAHNIAH ...SK KEMENDOR JUARA KWS JASIN

Warga SK Kemendor merakamkan rasa bangga terhadap pemain-pemain serta jurulatih sekolah iaitu Cikgu Arman, Cikgu Fauzi, Cikgu Izham dan Cikgu Yusni. Gelaran Johan Kawasan disandang setelah pertemuan sengit SK Kemendor menentang Sk Jasin, berakhir dengan 1-0. Sk Kemendor juga turut mengekalkan kemenangan tanpa kalah dalam setiap perlawanan. Tahniah!








Jumaat, Februari 18, 2011

KEM BESTARI SOLAT 1 (2011)

Kem Bestari Solat Siri 1 bagi tahun 2011 telah diadakan pada 29 Januari 2011. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5 telah menyertai kem tersebut. Tujuan Kem Bestari Solat ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid menunaikan solat dengan sempurna.


Ahad, Februari 13, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN

27 Januari yang lalu, sekolah telah mengadakan Program Motivasi Keibubapaan di dewan sekolah. Majlis dimulai dengan pembentangan Program Peningkatan UPSR 2011 oleh Pn Hjh Fatimah bt Muhamad, Guru Besar SK Kemendor. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En Mohamad Isa b Jolan, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Melaka. Ibubapa yang hadir telah memberi kerjasama dan respon yang positif.







Majlis Perlantikan Pengawas Dan Ketua Darjah



Majlis Perlantikan Pengawas dan Ketua Darjah ini telah disempurnakan oleh DSP Che Suza b Che Hitam, Ketua Polis Daerah Jasin. Diharapkan semua pengawas dan ketua darjah dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan . Tahniah.

Selasa, Februari 08, 2011

Harapan 2011

1. Jalinan hubungan kekeluargaan yang lebih akrab antara kakitangan
2. Mencapai kecemerlangan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum