INFO TERKINI


SELAMAT DATANG
DAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN 2017

SEMOGA KECEMERLANGAN
DALAM SEMUA ASPEK
MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK
2017

INSYA-ALLAH

Rabu, Februari 17, 2010

KEJOHANAN SUKAN SK KEMENDOR KALI KE 40 TAHUN 2010

Pada 11 Februari 2010, Khamis, SKK telah menganjurkan Kejohanan Sekolah Kali ke 40 untuk tahun 2010. Kejohanan Sukan kali ke40 ini dirasmikan oleh Tuan DSP Che' Suza bin Che' Hitam, Ketua Polis Daerah Jasin. Kejohanan sukan ini bermula kira-kira 2.30petang dengan dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat dr semua kontijen rumah sukan. Seterusnya acara olahraga akhir turut dijalankan pada petang tersebut. Kejohanan Sukan kali ini juga diselingkan dengan acara untuk kanak-kanak, ibu dan pegawai serta bapa dan pegawai.

Kontijen rumah sukan ketika Perbarisan Lintas Hormat
Johan Perbarisan (Rumah Merah) dan Johan Keseluruhan Rumah Sukan( Rumah Biru) serta Olahragawan (adik Mohd Ali Firdaus)
Keputusan Kejohanan Sukan Kali ke 40.

Johan Acara Perbarisan : Rumah Merah
Johan Keseluruhan Rumah : Rumah Biru
Naib Johan Keseluruhan Rumah : Rumah Hijau
Olahragawan : Mohd Ali Firdaus b Noriskandar ( Rumah Biru)
Olahragawati : Syaza Addina bt Zahari ( Rumah Kuning )


Ibu bapa/ Penjaga dan komuniti setempat yang hadir memeriahkan lagi Kejohanan Sukan SKK pada kali ini





Rumah Hijau ( Naib Johan Keseluruhan Rumah Sukan)
Acara Penyampaian Hadiah untuk acara Kanak-kanak, Acara Ibu dan Pegawai serta Acara Bapa dan Pegawai


SKK mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada VIP kita dan seterusnya ibubapa/penjaga yang datang memeriahkan kejohanan kali ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua penaja-penaja. Jutaan tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan tungkus lumus semua guru-guru, murid-murid serta seluruh warga SKK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan Kali Ke 40 tahun 2010 ini.

Untuk koleksi gambar Kejohanan Sukan Sekolah Sila KLIK SINI dan SINI


Cara- cara untuk Scan Virus Pendrive Anda

Untuk mengelakkan kemasukkan virus serta keselamatan dan perlindungan komputer-komputer, setiap pendrive yang digunakan perlulah discan terlebih dahulu sebelum diteruskan penggunaannya.

Berikut adalah langkah-langkah untuk scan virus pendrive anda

1. Mula-mula cancel segala autoplay ataupun windows pendrive yang terpapar. Klik MY COMPUTER pada menu START
2. Klik Right Click (klik kanan pada tetikus) pada ikon pendrive dan klik SCAN FOR VIRUSES ataupun apa - apa antivirus yang di install di dalam komputer tersebut. ( Bagi semua komputer di SKK, SKK menggunakan antivirus Kapersky)
3. Proses untuk scan virus akan bermula

4. Tunggu sehingga ia selesai dan klik CLOSE. Sekiranya report menyatakan terdapat virus di dalam pendrive anda , sila ikut arahan yang dipaparkan oleh antivirus tersebut.
Terima kasih atas kerjasama anda.

Penggunaan ICT dalam P&P






Ahad, Februari 14, 2010

Selamat Tahun Baru Cina



Warga SK Kemendor Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina
Kepada murid-murid, guru-guru, komuniti SK Kemendor serta seluruh warga Malaysia yang menyambut Tahun Baru Cina 2010.




Khamis, Februari 11, 2010

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENDOR KE 40 TAHUN 2010


HARI INI MERUPAKAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENDOR
YANG KE 40 TAHUN 2010.
SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MENJAYAKAN SUKAN INI
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Rabu, Februari 10, 2010

SUKANTARA & ACARA PADANG SK KEMENDOR

Assalamualaikum

Miggu ini merupakan Minggu Sukan Sekolah. Pada 8 , 9 dan 10 Februari 2010 telah diadakan Sukantara dan Acara Padang SK Kemendor yang bermula 8.30 pagi di padang sekolah selepas perhimpunan pagi. Acara Padang & Sukantara yang terlibat adalah iaitu
  • lari pecut 100 meter lelaki dan perempuan bawah 10 tahun
  • lari pecut 100 meter lelaki dan perempuan bawah 12 tahun
  • lompat jauh lelaki perempuan bawah 10 tahun
  • lompat jauh lelaki perempuan bawah 12 tahun
  • lontar peluru lelaki perempuan bawah 10 tahun
  • lontar peluru lelaki perempuan bawah 12 tahun
Cikgu-cikgu juga menjalankan sedikit latihan untuk acara balapan akhir sebagai persediaan dan latihan kepada peserta.

Acara padang dan sukantara ini berlangsung sehingga 10.30pagi. P&P dijalankan seperti biasa selepas waktu rehat.

Untuk Gambar-gambar sekitar Sukantara & Acara Padang KLIK SINI


Khamis, Februari 04, 2010

BENGKEL RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH

Assalamualaikum

Pada 4 Februari 2010, Bengkel Rancangan Pemajuan Sekolah telah diadakan di Makmal Komputer pada 2.45petang. Bengkel ini bertujuan untuk membuat pelan strategik sekolah.
Untuk Gambar-gambar sekitar Bengkel tersebut KLIK SINI



SELAMAT HARI JADI CIKGU

Selamat Hari Jadi Cikgu-Cikgu Yang Menyambut Hari Lahir
pada bulan Januari & Februari





Rabu, Februari 03, 2010

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2010

Pada 4 Februari 2010, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2010 telah diadakan bermula 3.45petang. Kawasan merentas desa meliputi kawasan FELDA Kemendor. Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar . Terima kasih atas sokongan semua pihak.

TAHNIAH!!!
kepada peserta-peserta yang telah berjaya menamatkan merentas desa (",)
--------------------------------------------------------------------------------



Untuk gambar-gambar Kejohanan Merentas Desa yang lain KLIK SINI

Isnin, Februari 01, 2010

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2010


Tarikh : 2 Februari 2010
Hari : Selasa
Masa : 3.30 petang hingga 5.45 petang

Tempat : Bermula di hadapan Sekolah
melalui sekitar kawasan FELDA Kemendor

Kategori :
Tahap 1
Pra Sekolah , Tahun 1, 2 dan 3
Tahap 2
Tahun 4, 5 dan 6

Majlis Ramah Mesra 29 Jan


Pada 29 Januari 2010 bersamaan dengan 14 Safar 1431H, satu Majlis Ramah Mesra Ibubapa/Penjaga bersama warga SK Kemendor. Majlis bermula pada pukul 2.45 petang dengan didahului dengan ucapan dari pengerusi majlis Encik Abed Md. Deh dan seterusnya bacaan doa dari Ustaz Ruzman b. A. Wahab. Seterusnya Majlis Ramah Mesra diserahkan kepada Guru Besar SK Kemendor, Puan Kamariah Tawi.

Majlis ini berobjektifkan
  • menjalinkan hubungan baik antara ibubapa/penjaga dengan guru
  • memberi penerangan kepada ibubapa/penjaga akan program sekolah
  • mengharapkan komitmen ibubapa/penjaga akan usaha sekolah
  • merangsang minat murid-murid untuk terus berusaha
  • bersama mengembeling tenaga dalam kecemerlangan anak-anak
  • memberikan peluang anak-anak mencapai kecemerlangan

-sila klik gambar untuk paparan lebih besar-


    Sesi Pendaftaran

    Ucapan daripada Guru Besar

    Kaum Bapa yang hadir bersama anak-anak masing-masing

    kaum Ibu yang hadir








    Guru Besar sedang menjawab kemusykilan ibubapa/penjaga


    Guru Besar sedang Beramah Mesra dengan ibubapa/Penjaga


    Kaum Bapa Menjamu minum petang


    Kaum Ibu Menjamu Minum petang




    Guru Besar beramah mesra sebelum ibubapa/penjaga bersurai

    Untuk Melihat Gambar- gambar lain,
    Sila layari Facebook : Sekolah Kebangsaan Kemendor



Tahniah SK Kemendor

Berita dari laman web PPD Jasin

DISKET SMM 2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih diucapkan kepada semua Sekolah Rendah dan Menengah yang telah menghantar disket SMM kali pertama.

Setelah dibuat semakan , hanya 10 buah sekolah yang telah berjaya menghantar data dengan lengkap iaitu SK Kemendor , SK Bukit Senggeh , SK Terentang , SK Tedong , SJK C On Lok , SJK C Pondok Batang , SJK C Simpang Bekoh , SJK C Pay Hsien , SJK T Jasin dan SJK T Ladang Bukit Kajang. Tahniah !!



Bagi sekolah-sekolah yang tidak berjaya, diharap kerjasama Guru Besar dan Pengetua untuk mengarahkan guru SMM membuat semakan dan melengkapkan semula maklumat pelajar tersebut dengan lengkap. Kemudian hantar semula disket ke PPD Jasin up. En. Zainuddin selewat-lewatnya pada 9 Feb. 2010. Disket ini akan digunakan untuk penentuan bantuan serta biasiswa pelajar tahun 2010.

Kerjasama Guru Besar dan Pengetua sangat-sangat dihargai.

Sekian , terima kasih.